@samzi_47: Dua pekerja bas bertumbuk kerana berebut penumpang Perselisihan faham berkaitan urusan mendapatkan penumpang dipercayai menjadi punca dua pekerja syarikat bas bertumbuk di Terminal Bas Inanam, di sini, Jumaat lalu. Kejadian pada jam 11.54 pagi itu membabitkan dua lelaki berusia 38 dan 37 tahun yang dilihat bertumbuk tanpa sebarang senjata. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada hari sama. “Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. “Susulan laporan diterima, polis menahan kedua-duanya kira-kira 2.30 petang kelmarin bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar. Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 29 saat di media sosial yang memaparkan pergaduhan dua lelaki di Terminal Bas Inanam. #Malaysia #fyp #foryou

OMT
OMT
Open In TikTok:
Region: KR
Tuesday 08 September 2026 12:41:18 GMT
672
12
1
4

Music

Download

Comments

acitpian72
acitpian/P5 kumbang hitam :
yg lain pakat tgok...sama² org melayu bergaduh..aduhiii
2026-09-08 12:58:11
1
_iloveus1324_
~sKy~ :
sana sini bergaduh. langsung takde kesabaran dan tolak ansur dah ke org skang?? melayu sah² Islam ni. memalukan sungguh
2026-09-08 13:17:26
0
To see more videos from user @samzi_47, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About