@wtmtoday: Chalk Warfare ialah game multiplayer shooter yang boleh menukarkan lukisan kapur menjadi senjata. Kalau pemain lukis lelopak peluru lebih besar, reload akan jadi lebih perlahan. Kalau tambah scope pula, senjata itu boleh dapat fungsi zoom. Pemain juga boleh simpan rekaan mereka sebagai Blueprint untuk digunakan semula. Setakat ini, Chalk Warfare hadir dengan enam mode, termasuk Team Deathmatch, mode ala Battle Royale dan Blueprint Lottery yang memberi loadout secara rawak. Pembangun/Penerbit:SOKRISPYMEDIA, LLC Tarikh Pelancaran:Akan Datang Platform: Steam (PC) #WTMGaming