@bookcave24: Kalau Sarah tak bertemu dengan Intan hari itu, Sampai mati dia tak tahu yang selama ni dia hanyalah kekasih gelap Hilman. Kalau Firman tak terjah ke rumah Hilman malam itu, Sampai mati Sarah tak tahu yang Hilman mempunyai kembar, Dan sampai mati dia tak tahu Hilman akan bertunang dengan Intan. Dua tahun Hilman menyulam cinta dengan Intan selepas dia merampas gadis itu dari Firman. Namun hanya bertemu dengan Sarah yang tidak sampai setahun, Hilman berubah hati. Intan ditinggalkan... Adakah Sarah cinta sejatinya atau Hilman jenis yang mudah jatuh hati? Firman marah dendam. Mana tidaknya, dia dikhianati oleh Intan dan Hilman dimajlis pernikahannya dan sekarang kembarnya itu boleh pulak main curang. "Kau rampas Intan dari aku, dan sekarang kau curangi dia? - Firman. "Kau yang bodoh tak reti jaga Intan dulu. Jangan sekarang nak salahkan aku. " Hilman. Firman tak peduli walaupun dia masih cintakan Intan namun perbuatan gadis itu menjatuhkan maruahnya dua tahun lalu tidak boleh dimaafkan. Perangkap dipasang supaya Intan rasa sakit yang pernah dia rasa dulu. Dia nak Intan rasa sedar semua salah dia! Intan meraup wajahnya yang basah dengan airmata. " I tak sangka you buat I macam ni. I bodoh sebab tinggalkan Firman untuk you dulu. You ingat I tak tahu selama ni you yang fitnah Firman supaya I tinggalkan dia?" - Intan. "Kau tahu? Jadi semua ni salah kau sebab kau tak percayakan Firman. Kalau betul dia cinta sejati kau. Mesti kau akan percayakan dia." -Hilman. Dan Sarah..... Tetap menjadi mangsa kebencian dan dendam mereka bertiga. Dengan Firman maruahkan diperlekehkan.. Dengan Hilman cintanya dipermainkan.. Dengan Intan kepercayaannya dimusnahkan.. Andai hati harus memilih... Akan ku pilih pergi membawa diri.. #KekasihGelap TAJUK - KEKASIH GELAP KARYA AMMARA AYYASH #ammaraayyash #ebookmelayubestseller #fictionstory
BOOKCAVE
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 08:00:14 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bookcave24, please go to the Tikwm
homepage.