@jenr146: OPERASI PENGUATKUASAAN JIM MELAKA Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka telah melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar Negeri Melaka pada 7 dan 8 September 2026. Hasil aduan awam dan maklumat risikan, seramai 21 orang pegawai penguatkuasa telah diatur gerak ke 8 lokasi sasaran berbeza sekitar daerah Melaka Tengah merangkumi pusat refleksologi, restoran, medan selera dan rumah kediaman. Melalui Ops Selera, Ops Gegar dan Ops Sapu yang dijalankan ini, seramai 51 orang warganegara asing telah sikkei engamakarta warga asing dari negara Indonesia, Vietnam, Pakistan, Thailand, Bangladesh dan India. Hasil pemeriksaan di lokasi, pasukan operasi telah menangkap dan menahan 30 orang warganegara asing yang disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua Orang Kena Tahan (OKT) telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JIM Melaka untuk tindakan lanjut. ANANA DODIAL JIM Melaka akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi membanteras Pendatang Asing Tanpa usaha penguatkuasaan bagi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), warganegara asing yang melanggar syarat pas serta majikan atau pemilik premis yang mengambil kerja dan membenarkan PATI untuk masuk dan tinggal di premis mereka. #imigresen #jabatanimigresenmalaysia #melaka OPS SELERA #imigresenmalaysia #imigresenperkasa
ADAM
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 04:06:58 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @jenr146, please go to the Tikwm
homepage.