@sprm.malaysia: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu. Abdul Azeez, 60, meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Pengerusi TH didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan Pengerusi syarikat Putrajaya Perdana Berhad dengan dengan remunerasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan sebuah kereta jenis BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap. Azeez didakwa mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH, Tan Sri Ismee Ismail untuk mencadangkan beliau sebagai wakil TH di dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad dan meyakinkan Ahli Lembaga TH ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga TH Bil. 4/2014 (309), untuk bersetuju meluluskan cadangan melabur sehingga RM193.5 juta (sehingga 30 peratus modal saham terbitan sedia ada) dalam Putrajaya Perdana Berhad, yang tertuduh mempunyai kepentingan. Tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #beranidanradikalperangirasuah

SPRM Malaysia
SPRM Malaysia
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 04:43:32 GMT
17013
458
68
52

Music

Download

Comments

andy_jb.shellv
Jeffry_Ad RC :
teruskan SPRM
2026-09-09 04:48:35
34
rizalamy98
amy@ejan :
sat kata gaji sat kata suapan mana satu ni
2026-09-09 06:52:08
5
abuthalhah0
ابو طلحة :
Km tak halal duit th kami kau sakau.
2026-09-09 06:51:01
12
raz8379
razak :
terbaik pemimpin umno...jasa pd rakyaat
2026-09-09 07:28:51
3
tunatinitunatini
tunatini :
ooo...trima gaji,ingat sakau
2026-09-09 09:27:37
3
jatejate.....jate
jatejate.....jate :
kawe tabik pmx krn pandai cari pitih dale negaro......pelabor asing dah x masuk.
2026-09-09 10:29:03
2
sub_helmiibrahim
sub_helmiibrahim :
xngaku salah lagi tu.. hahaha
2026-09-09 07:51:54
4
niki00438
niki :
2026-09-09 04:56:23
24
jebat948
jebat997® :
terbaik SPRM!!
2026-09-09 07:02:03
8
zachedress
zacharyeidress :
Alhamdulillah..kini keadilan tertegak dibumi Malaysia..Allahuakbar
2026-09-09 09:16:59
8
paridahomar0
Paridah Omar :
gaji menteri xcukup ke ramai sngt menteri² mkn rasuah😏😏😏😏memalukan negars
2026-09-09 09:35:05
4
abugarcia916
AbuGarcia :
astaghfirullahalazim...apa yg ko buat ni azeez..bertaubat la
2026-09-09 09:35:49
3
isuwee
Qama' :
terbaik SPRM, korek lagi mana mana salahguna kuasa dan rasuah yg melibatkan wang rakyat
2026-09-09 12:09:50
2
iammrloki
Iammrloky🦖 :
amboiiiiiiii seyes laaaa,, byk betul makan harap2 ada la keadilan kat dunia ni
2026-09-09 12:53:42
2
tertolong
opocot :
mak aiiii
2026-09-09 07:27:59
1
setitik.cahaya70
Setitik Cahaya :
Shoc
2026-09-09 05:57:59
1
3884467a
mahkota impian :
2026-09-09 06:31:02
0
niki00438
niki :
2026-09-09 04:56:01
6
daengkemboja7
Awang Bachok Bentala :
memalukan
2026-09-09 10:51:14
1
mprada_my
MPrada™️ :
Hmmm entah la
2026-09-09 13:20:41
0
syeddaniel26
Pakjul65 :
EHHH...kalau tengok pada cerita ni...semuanya cerita dibuat2 ...kat mana rasuahnya?? Adakah Lembaga Pengrah TH masa tu terdiri dari anak2 SEKOLAH....
2026-09-09 23:13:23
1
tommyabdullah439
treval ice :
Memalu kan negara ja dunia luar pandang negara kita ni dah mcm tak ada undang Undang ka mana letak nya integerit menteri menteri Malaysia ya
2026-09-09 13:41:17
0
megat.jerai.geopa
Megat Jerai Geopark :
RM57,500 sebulan..
2026-09-09 16:41:03
0
danialazuha5
mat8511 :
ada kawan bekas pengerusi felda di sana
2026-09-09 08:43:32
0
To see more videos from user @sprm.malaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About