@jamileth_pulla: ❤️

𝓙𝓪𝓶𝓲𝓵𝓮𝓽𝓱
𝓙𝓪𝓶𝓲𝓵𝓮𝓽𝓱
Open In TikTok:
Region: EC
Wednesday 09 September 2026 04:43:28 GMT
4088
123
3
13

Music

Download

Comments

To see more videos from user @jamileth_pulla, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KOTA BHARU, 15 Sep - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM14,000 yang dikutip sebagai penalti daripada kontraktor bagi projek pembinaan bangunan komersial 22 tingkat milik Tabung Haji, kira-kira sembilan tahun lalu.  Mohamad Hashim Mukhatap, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan Pengurus Pembinaan THP Timur Sdn Bhd didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM14,000 hasil kutipan penalti terhadap kontraktor, Kelpile Sdn Bhd, dengan memasukkannya ke dalam akaun bank miliknya.  Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sofea Residensi, Seksyen 12, di sini, antara 15 November 2017 hingga 8 Ogos 2018, membabitkan projek pembinaan bangunan 22 tingkat yang merangkumi 244 unit pangsapuri perkhidmatan, ruang perniagaan, tempat letak kereta serta kemudahan berkaitan. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar, mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, manakala peguam tertuduh, Fahmi Abd Moin, memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya masih menanggung empat anak dan seorang ibu.  Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan 19 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes. Kredit foto: Kosmo! #BeritaKS

About