@berita.ks: KUALA LUMPUR, 9 Sep - Proklamasi berhubung penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Besar pada 3 Ogos lalu disahkan sebagai tidak sah dan tidak boleh berkuat kuasa. Perkara tersebut dinyatakan secara rasmi oleh Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Klana Petra Muhammad Faris Johari Meor Ngah menerusi satu kenyataan berhubung dokumen yang dimeterai di Port Dickson itu. Beliau menjelaskan bahawa Sidang Dewan Keadilan dan Undang yang berlangsung pada 31 Julai di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah telah memuktamadkan keputusan berhubung status pengisytiharan berkenaan. Menurut beliau, dokumen asal yang diisytiharkan pada 19 April itu didapati tiada sebarang kesan undang-undang berikutan kegagalannya memenuhi ketetapan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. “Sayugia diingatkan, tiga daripada Undang Empat yang cuba menurunkan DYMM Tuanku Muhriz langsung tiada kuasa sebagai Pembesar Memerintah bagi negeri lantaran telah lucut pesaka mengikut adat luak masing-masing," menerusi kenyataan rasmi. Mengulas lanjut berhubung kemelut institusi diraja tersebut, beliau mengingatkan bahawa sebarang urusan serta keputusan yang melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar adalah tertakluk secara mutlak kepada bidang kuasanya. “Ditegaskan, apa-apa jua hal berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika ini hendakah ada sabda Kita selaku Imam Undang Yang Empat," berdasarkan kenyataan rasmi. Terdahulu, media melaporkan krisis istana ini susulan pendedahan sebuah dokumen oleh kumpulan Undang Yang Empat dalam satu sidang media di Galeri Diraja Tuanku Jaafar yang mendakwa proklamasi pemecatan tersebut telah ditandatangani oleh Dato' Ismail Lasim. Kredit foto: Sinar Harian #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 04:59:57 GMT
28882
559
94
89

Music

Download

Comments

sigmalpha242
BigMac :
ni la padahnya bila undang yg dulu dilantik dikalangan orang yg ada kaitan politik dgn parti umno. habis rosak institusi undang dan Raja N9. ini yg rakyat N9 beria sgt naikkan umno balik? kononnya termakan segala hasutan yg dibuat puak umno demi menakut2kan orang melayu. dulu tuduh Tokmin kononnya campur uruskan adat, skrg terang2 umno lah yg menjahanamkan institusi adat sejak dulu. sejarah tak boleh menipu.
2026-09-09 06:47:25
60
docfahrol
DocFahrol :
who is the genius manage behind this ? well done !
2026-09-09 10:38:08
0
bentaraprima
BentaraPrima :
Jawatan dia sendiri pun tak sah…. 😅
2026-09-09 06:29:07
28
fh.xde.hal
FH xde hal :
naratif jahat burukkan PH....semata2 Mahukan kuasa....jawab kt akhirat kelak
2026-09-09 06:16:43
55
syazrinjkt
syaz_92 :
mana dia punye cop???
2026-09-09 06:38:22
9
eadyfazli
Eady Fazli :
Serabut dah n9 ni😆
2026-09-09 06:47:44
8
martelogomezz
martelogomezz :
bimbang, takut jawatan tengku mukrish lucut,dengan jawatan dia sebagai undang sg ujung pun turut sama teelucut
2026-09-09 06:53:58
9
zai_nallegal
zai_nallegal :
UMNO akan menjaga institusi Diraja. 😂dgr boleh, percaya jgn. habis di kambing hitamkan PH dn PMX.. padahal angkara UMNO n9.
2026-09-09 07:44:51
16
abe.awe8
Abe awe :
Yang dipertuan tlg ambil tindakan ke atas kesemua mereka yg bersabit.. Hukum mereka.. Lucutkan hak hak
2026-09-09 06:08:32
29
ab_ryana
ab_ryana :
jika benar tak sah,segerakan hukuman berat kpd penderhaka,bahaya kpd negeri dan negara
2026-09-09 06:50:21
10
adamkl94
alfa :
Kn ad keputusan. Tkkn mahkamah Persekutuan tk blh buat ap2 atau buat saja undian biar semua rakyat menyaksikan kalau tidak sistem beraja akan ditolak oleh rakyat.
2026-09-09 05:43:58
5
dafakyougonnado
Bait :
tuanku muhriz boleh buang negeri kerajaan bnpn ni. baru ada akal
2026-09-09 06:32:45
19
tinatim56
Tina :
Org nogori kono tipu dek UMNO sakau
2026-09-09 09:36:35
3
salahuddinabdullah1962
Din :
DAULAT Tuanku
2026-09-09 06:51:59
7
abwahid.wahid
abwahid Wahid :
kiamat tak selesai biarkan dia orang bergadoh undang yang 4 dia orang tetap lawan,kita tengok je sampai mana.
2026-09-09 06:08:56
4
melody_mocker85
akulahaku :
apo ni shuk?
2026-09-09 06:20:48
4
jaliza.jaliza
Jaliza Jaliza :
DAULAT Tuanku Muhriz
2026-09-09 07:29:11
1
raiiqi
raiiqi :
gila kuasa ,
2026-09-09 06:30:31
1
user3985100689178
陇西传芳 :
2026-09-09 06:59:55
1
faizjefry
faizjefry :
Tak sangka ade kembar rupanya...cayalah Shuk 🤣😂😁
2026-09-09 06:58:40
1
tokabah860
TOK ABAH PERFUME KERETA :
terbaik tuanku..☝️
2026-09-09 08:03:49
2
myjbon
myjebon :
pening
2026-09-09 10:25:18
0
myfarline
Myfarline Izz :
2 ogos dpt kuasa...3 ogos tunjuk kuasa pada yg memperkenankan kuasa...🤣🤣🤣 Terbaik la Tok Mail
2026-09-09 10:36:19
0
colonese83
Colonese :
🤣🤣🤣Undang baru kempunan
2026-09-09 10:22:38
0
lone_pro_perty
LONE'PRO:PERTY :
nak kata apa pun aku tak tahu..langsung aku tak faham permasalahannya. yang nak tahu sangat sekarang nie. sapa sebenarnya yang Pertuan besar negeri sembilan.masih kekal dengan lantikan dahulu tau lantikan yang baru nie. bertanya dengan rasa ingin tahu.
2026-09-09 10:36:01
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About