@abg.siasat.aa: Seorang pelajar kolej swasta antara 11 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merusuh dengan bersenjata, pada bulan lalu. Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Noor Idayu Salim. Mereka ialah Mohamad Nun Mohamad Jupri, 34; V. Rathakisnan, 22; M.D. Soman Sri, 19; Muhammad Haikal Mohammad Rafiq, 19; Chad Sebastian George Albert, 19; Elijah Yong, 19; Cheow Junnuo, 24; Tony Yen Chun Yun, 19; R. Divagar, 20; Muhammad Amirul Hafiz Abdullah, 21, dan Ng Chern Yeow, 24. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama hadir dan menyertai rusuhan serta memiliki benda yang boleh memudaratkan atau senjata maut yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.45 pagi di hadapan SJKC Kong Min Cawangan Kedua, Ayer Itam di sini, pada 29 Ogos lalu Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli manakala 10 tertuduh diwakili peguam K. Mahendran dan Sharmila Mogan. Sementara itu, Tony Yen Chun Yun merupakan seorang pelajar kolej swasta di negeri ini diwakili peguam, Edric Loo. Ketika prosiding, Siti Marissa menawarkan jaminan RM10,000 terhadap setiap tertuduh serta syarat tambahan lapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali. Majistret kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan lapor diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali. Kes akan disebut semula pada 19 Oktober untuk serahan dokumen.
abg siasat aa
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 05:16:10 GMT
Music
Download
Comments
none :
1 Malaysia 🤣🤣🤣
2026-09-09 06:02:10
1512
qifjelebo17 :
ayah maliki ada cakap apa apa ka pasai nih
2026-09-09 07:32:21
380
ItYou :
Gangsta
2026-09-11 06:46:00
0
HDK :
Pak maliki dh taw ka
2026-09-09 07:00:29
171
muiz :
ini time tkde type type ya😂semua bangsa ada, ini mcm baru betul 1malaysia🔥
2026-09-09 11:26:05
248
orbit_kl :
mereka sudah pakai trick lama rekrut bdk2 nerd belajar...so pdrm alert la sekolah2 ...jgn dh ade kes baru nk alaert
2026-09-09 07:58:10
225
Zianon Baharum :
2900...clear
2026-09-09 06:01:03
73
•• ꪀ ꪖ ᥇ ꫀ ꪶ ꪶ •• :
1 malaysiaaa maaaa 🤣
2026-09-09 09:45:28
227
M.Z_91 :
04...ermmmmmmm
2026-09-10 12:41:44
0
Yi :
04 ni apa? dia mcm code ke? contoh mcm org indo drg panggil diri dorang warga 62
2026-09-09 08:25:27
32
M :
Geng 04, 2004 ke
2026-09-09 08:23:43
14
🐻❄️ :
satu malaysia satu hati 🤣
2026-09-09 07:49:36
44
ghsnsnnns :
Zaman tun aman damai
2026-09-09 05:47:15
15
joanpablo :
senyum je.bayar denda bebas
2026-09-09 07:19:53
17
awish :
steady 🔥😂
2026-09-09 18:08:53
3
Chino.Ch 香風智乃 :
1804?
2026-09-09 11:10:27
6
XYZ. ●PiaN :
takut jangan ikut .ikut jangan nampak
2026-09-09 13:50:31
6
🎌 りょうた 🎌 :
Denda macamnie lah dieurg seronok nak jalan kerja lgi lepas nie 😂🤣
2026-09-09 08:43:45
6
M|F👾 :
HAHAHA 1malaysia😂
2026-09-09 07:01:26
5
𝓐𝓯 :
semua bangsa satu malaysia😂🔥 bgus bersatu
2026-09-09 22:50:14
3
the.awkwardrandom :
Apesal diorg tutup muka.
2026-09-10 12:08:04
0
aruncaiaruncai :
kenapa x pakai baju lokap bawa pi mahkamah
2026-09-09 22:53:59
0
moklolaaa._ :
05 thu la 04 ni tk thu
2026-09-09 12:27:02
0
To see more videos from user @abg.siasat.aa, please go to the Tikwm
homepage.