@kifli_mahassan: OPS EKSTREM: JPJ PERKETAT PENGUATKUASAAN KENDERAAN TIDAK PATUH SPESIFIKASI Alhamdulillah, saya dijemput hadir ke Sidang Media Ops Ekstrem yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam sidang media tersebut, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan komitmen berterusan dalam memperhebat penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan yang diubah suai secara ekstrem dan tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan. Langkah tegas ini diambil susulan aduan orang awam berkaitan gangguan bunyi, isu ketenteraman, serta risiko keselamatan pengguna jalan raya. Hasil operasi pada 6 September 2026 menyaksikan sebanyak 156 buah kenderaan diperiksa, 97 diambil tindakan, 485 notis dikeluarkan, dan 37 buah kereta telah disita atas pelbagai kesalahan. YBhg. Ketua Pengarah JPJ turut memperingatkan bahawa jalan raya awam bukanlah medan untuk mempamerkan pengubahsuaian ekstrem, dan tindakan tanpa kompromi akan terus dilaksanakan demi keselamatan awam. Turut hadir bersama dalam majlis sidang media ini ialah Pengarah Kanan Penguatkuasa, YBrs. Tuan Hamidi bin Adam; Pengarah JPJ W.P. Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Shahrul Azhar bin Mat Dali; Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa JPJ, YBrs. Tuan Mohd Azlan Shah bin Othman; Timbalan Pengarah JPJ W.P. Kuala Lumpur, serta barisan pegawai kanan Jabatan. Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan JPJ atas ketegasan dan dedikasi dalam memelihara keselamatan jalan raya! #penguakuasaJPJ #falconJPJ #JPJMalaysia #OpsEkstrem #fyp
Muhammad Kifli Ma Hassan
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 05:59:14 GMT
Music
Download
Comments
M. A. H AUTO GARAGE :
jabatan paling bodoh...
2026-09-09 10:59:47
691
micikow⚡️ :
tpi kebanyakan yg xcident kreta standard pula🫣🫣🫣
2026-09-09 13:37:27
143
sakaXbertuan :
pantau kreta kakitgn JPJ dulu...baru sibuk nk tahan org awam
2026-09-09 08:22:17
257
Raj Kumaresan :
JPJ you can't see me
2026-09-10 03:32:01
0
Jebat Derhaka :
jabatan hanat
2026-09-09 12:37:32
78
dumiazwin77 :
silap2 angota pon ada yg ubah suai
2026-09-09 12:05:06
32
BARRICADE :
(J)abatan (P)aling (J)ahat
2026-09-09 14:58:23
108
Afif_nadzri789 :
jpj # jabatan paling jahat
2026-09-09 15:35:48
27
MJ TWICX :
yang mengancam tu pemandu mabuk..bukan takat mengancam, tapi membunuh...
2026-09-09 11:56:57
39
shah mirul :
cukai jalan kita orang bayar insuran bayar..kereta kita orang beli..bukan pakai duit KO orang pun..senang senang je KO orang nak sita kereta..kalau kereta itu tak ada cukai jalan atau insuran itu aku setuju lah KO nak sita ke apa ke ...
2026-09-10 02:03:17
24
aku manusia biasa... :
p rahhhhhhhhh
2026-09-09 23:57:51
0
Nexzoo Gaming :
puak2 kau punya kereta pon cek sekali yee .. kereta jpj yng pakai tinted pon sila ambik tindakan yee .. kereta2 menteri yng x boleh pakai tu pon sila ambik tindakan jugak .. paling penting .. pemandu2 mabuk ni sila sita kereta diorng n batal kn lesen dan blacklist kn terus supaya x perlu memandu ..
2026-09-09 15:24:41
21
Mittler_4855 :
terbaik jpj teruskn operasi sterusnya👍👍👍👍👍👍👍
2026-09-09 11:17:52
5
zm :
bila Undang2 lapuk masih digunakan sampai bila2 pun Malaysia tidak akan maju..Skru sebatang untuk kapal terbang pun tidak akan mampu untuk dibuat oleh anak tempatan
2026-09-10 04:05:54
10
Epoy Kinjang :
jabatan paling jahil(jpj) semua blh setel janji duit
2026-09-09 09:36:36
37
Duda Drift custom :
hmmmmm
2026-09-10 08:59:51
0
ajim👾 :
mcm mne lah nk jawab kt akhirat diorang ni ... yang mabuk langgar sampai mati tutup mata tpi yg nk enjoy utk diri sndiri terus dihukum 😅
2026-09-09 15:07:35
28
Ajs23 :
pemandu mabuk buat senyap 😂😂
2026-09-09 17:43:51
14
█━█afizieツ :
sita2 pastu lelong smula😌 senang buat duit..
2026-09-09 22:27:01
12
Ahpengjemilojoe :
Kenapa kedai yang jual tak kena nak tau juga
2026-09-09 09:45:02
69
UcOp49.. :
terbaik jpj👍
2026-09-09 09:24:04
5
legend of king 👑 :
pergi saman la kedai jual barang ..
dia jual rakyat beli .... kerajaan kasi approval lagi jpj saman ... apa la undang² malaysia ni ... jpj ade berani pergi saman kedai accessories
2026-09-09 13:08:28
24
Cosmos :
Aku rasa jalan yang berlubang tu lagi bahaya daripada ubah suai kenderaan🤔
2026-09-10 01:38:07
8
mohdnizam7292 :
Kalau tak ada jual tak kan org beli hehehehe
2026-09-09 09:04:05
15
To see more videos from user @kifli_mahassan, please go to the Tikwm
homepage.