@utusansarawak: Tujuh anggota bomba tiba Long Lellang, tunggu pasukan forensik PDRM MIRI: Tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) MIRI kini berada di Long Lellang, Ulu Baram bagi membantu tindakan susulan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), dengan tumpuan awal kepada penilaian keadaan lokasi sebelum siasatan forensik dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) itu diketuai Pegawai Kanan Bomba (PgKB) II Rafie dan tiba di Lapangan Terbang Long Lellang pada 11.00 pagi hari ini selepas berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada 10.45 pagi. #beritatiktok #newstrendingmalaysia #forensics #helicopter #sarawak