@mahir_my: BAJU SEKOLAH NADI TERUS MENDAPAT PERHATIAN MEDIA 🇲🇾 Inisiatif Baju Sekolah NADI mendapat liputan pelbagai media kerana pendekatannya yang bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa melalui pembelian secara ansuran, malah membuka peluang kepada Alumni NADI Mahir Jahit untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari. Inisiatif ini turut mendapat sokongan Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, yang melihatnya sebagai usaha positif dalam membantu keluarga membuat persediaan persekolahan dengan lebih terancang dan mampu milik. Daripada komuniti, untuk komuniti. Baju Sekolah NADI membuktikan kemahiran boleh diterjemahkan kepada peluang ekonomi, sambil memberi manfaat terus kepada keluarga. Terima kasih kepada semua media yang memberi liputan dan membantu menyebarkan usaha NADI & NADI MAHIR kepada masyarakat. 💙 #BajuSekolahNADI #NADI #NADIMahir #MahirJahit #MediaCoverage #PerkasaKomuniti #BersamaMahir