@berita.ks: KUALA LUMPUR, 9 Sep - Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lasim. Beliau mengesahkan bahawa tiada sebarang penyerahan dokumen rasmi berhubung pengunduran jawatan tersebut diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh berkenaan setakat ini. "Surat apa? Letak jawatan? Tak ada," jelas beliau. Penafian ringkas itu disuarakan oleh beliau ketika ditemui oleh wakil media bersempena dengan penganjuran Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di ibu negara pada hari ini. Terdahulu, timbul desas-desus dalam arena politik tempatan yang mendakwa bahawa Ismail telah membuat keputusan untuk melepaskan kedudukannya sebagai ketua pentadbiran kerajaan negeri. Spekulasi tersebut mula bertiup kencang susulan kemelut dakwaan pengisytiharan dokumen bagi menurunkan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Rentetan daripada kontroversi berkenaan, terdapat beberapa sumber tidak rasmi mendakwa bahawa surat peletakan jawatan tersebut kononnya telah diserahkan sendiri oleh Ismail pada hari ini. Walau bagaimanapun, kenyataan terkini daripada kepimpinan tertinggi parti itu sekali gus menolak khabar angin berhubung sebarang perubahan tampuk kepimpinan di Negeri Sembilan buat masa ini. Kredit foto: Sinar Harian #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 12:46:53 GMT
Music
Download
Comments
Madu Madu :
re elections in N9
2026-09-09 13:20:03
24
DrHanan :
melaka... prn nanti.. pilih la PH. cukupla rakyat di perbodohkan UMNO ni.
2026-09-09 14:59:55
30
55125512 :
Pejuang Institusi Raja konon
Penjahanam Institusi Raja adalah Umno
2026-09-09 14:07:22
15
Mr.MiE-LAH :
Kacau bilau kalau ada umno
2026-09-09 13:00:42
37
tokjam :
ni lah punca nk hancur negara
2026-09-09 13:46:17
25
NJ :
haha cover line
2026-09-09 13:27:38
4
andrreansyah :
prn lah, apa lagi..
2026-09-09 14:02:11
10
izham :
x dak kuasa pun kalut..ada kuasa pun celaru..politik apa ni
2026-09-09 14:12:24
19
zacharyeidress :
kene paksa letak jawatan pulak
2026-09-09 13:41:11
15
Matthew :
TPM Zahid UMNO, PN, Pas, WaWasan tidak boleh pakai
2026-09-09 14:31:30
12
Hilman :
Zahid pula bila kamu nak letak jawatan
2026-09-09 15:14:53
9
nik marzuki :
sudah gerharu cendana pula
2026-09-09 13:38:43
6
Mahesvaran :
tunggu si Hadi akan berbunyi ini kerja USA
2026-09-09 14:45:53
1
mohdazharaziz8 :
Salah dap juga ke
2026-09-09 14:26:13
3
Rushasniza :
awat, baru tau kaa,?
2026-09-09 13:29:41
6
razaleeabusamah :
elok lah letak jawatan
bercelaru N9 di buatnya
2026-09-09 14:51:11
1
sivanandargenapathy :
Penyatuan ummah 😂🤣
2026-09-09 13:50:53
5
Senah A :
umno gila kuasa
2026-09-09 14:57:09
1
Manan :
sama2 hampa pun Kalang kabut🤣🤣🤣
2026-09-09 13:54:00
2
Alex :
Syukur alhamdulillah adakan semula pru n9…
2026-09-09 14:50:54
1
F1s Oppo :
umno,bn perasuah Dan gila kuasa dulu kini Dan selamanya sakau berpisah tak ada
2026-09-09 15:26:23
2
user542222888883 :
Elok juga letak jawatan YB faizal dia tak blh buat kerja jln sana Sini Mkn2 saja jln sg meyala tak blh uruskan kami Ingat nk mogo depan pajabat MB seramai 1 ribu org Klu Yg faizal tak blh jln bagi siap separuh dan siap
2026-09-09 14:43:38
2
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.