@beritartm: MARAN, 9 September — Ruang siling di Wad Kanak-Kanak dan Wad Wanita, Hospital Bandar Jengka, terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam ini. Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, menurut laporan awal, kebakaran dipercayai berlaku di bahagian atas siling wad berkenaan, menyebabkan kira-kira 10 peratus siling serta pendawaian di atasnya mengalami kerosakan. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dalam tempoh kira-kira 20 minit. Seramai 17 penghuni, terdiri daripada enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita, berada di wad berkenaan ketika kejadian. Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka serta Kuala Krau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman, dengan bantuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Jengka dan Unit Kereta Peronda (MPV) Maran. Punca kebakaran masih belum diketahui dan dalam siasatan pihak bomba, manakala jumlah kerugian juga masih belum dikenal pasti. Sumber Visual: Orang awam Yang sahih di RTM #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Berita RTM
Berita RTM
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 09 September 2026 15:06:47 GMT
62167
617
6
92

Music

Download

Comments

shehippo
Mummy Aali 🐥 :
Allahuakbar. Moga dipermudahkan urusan semua 😢 kesiannya wad kanak kanak tu… 😣
2026-09-09 15:37:04
1
zul.manja
Zul Manja :
Allah Allah Allah Allah Allah
2026-09-09 16:30:23
1
mommy.alfaa
IedaMohamad🧸 :
allahuakhbar
2026-09-09 16:04:32
0
bondaalwaie
Bonda Al Waie :
Allah nak bongkar KKM banyak benda tak diupgrade.. helikopter pon hempas. barang2 di hospital/klinik pun bnyk brg lama. duit depa upgrade gaji menteri dan orgnya je.. minta menteri KKM letak jawatan.
2026-09-09 15:44:41
15
umiebella10
Umiebella10 :
الله اكبر , الله اكبر ﷽﷽﷽﷽﷽﷽ Hasbunallahu Wani’mal Wakil 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 ( حَسْبُنَا اللَهُوَنِعْمَالْوَكِيلُ) Malaysia
2026-09-09 16:26:28
2
To see more videos from user @beritartm, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About