@noah.survive: 🌴🚤 FLOATING MARKET PULAU SRI TANJUNG, TUMPAT, KELANTAN Tahukah korang? Kawasan sekitar Sri Tanjung merupakan gugusan pulau yang kehidupan masyarakatnya sangat bergantung kepada pengangkutan sungai. Sebab tu nak ke pulau sebelah yang nampak dekat pun kena naik bot! 🏝️🚤 🕌 Jika datang pada hari Jumaat, pengunjung lelaki juga boleh mendapatkan kemudahan untuk ke masjid di salah satu pulau bagi menunaikan solat Jumaat dengan menaiki bot secara percuma. Menariknya, Pasar Terapung Pulau Suri yang terletak di kawasan kepulauan Tumpat ini dikenali sebagai pasar terapung pertama di Malaysia. 🇲🇾 Memang unik — bukan sekadar datang makan dan jalan-jalan, tapi boleh tengok sendiri cara hidup masyarakat pulau yang menjadikan bot sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka. ❤️ #floatingmarket #pulausritanjung #tumpat #kelantan #explorekelantan