@501awani: Dua rumah di Kampung Qibu, Putian, Fujian, China, runtuh selepas ditenggelami air banjir susulan hujan lebat pada 4 September lalu. Dinding rumah berkenaan mula runtuh manakala bumbungnya turut menyembah bumi ketika struktur bangunan gagal menampung keadaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. #AWANInews