@moonligghhhhttttt: SINOPSIS Lima tahun lalu, Nasrul Haq memilih untuk meninggalkan Malaysia selepas rumah tangganya musnah akibat sebuah pengkhianatan. Bukan kerana dia sudah berhenti mencintai, tetapi kerana dia percaya tiada lagi yang perlu dipertahankan. Namun kepulangannya mengubah segalanya... Haq dikejutkan dengan satu hakikat yang merobek hati. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Lebih menyakitkan, bekas isterinya telah meninggal dunia empat tahun lalu dalam satu kemalangan jalan raya, meninggalkan anak perempuan mereka di bawah jagaan bekas adik iparnya, Mawar Ardanee. “Kau ni banyak tengok drama, Mawar. Terlalu paranoid. Aku tak tahu racun apa yang Munirah tu bagitahu kau pasal aku, sampai kau ada fikiran negatif terhadap aku." - Nasrul Haq "Encik takkan dapat hak jaga Awleeya. Saya jaga dia daripada bayi dan masa tu encik tinggalkan dia. Encik Haq tak boleh sesuka hati ambil dia dari saya, penjaga utama dia." - Mawar Ardanee Bagi Mawar, Nasrul Haq tetap lelaki yang bersalah. Lelaki yang pernah menceraikan kakaknya tanpa belas kasihan. Selagi kebenaran tidak terbongkar, selagi itulah dia akan mempertahankan Awleeya daripada kembali kepada ayah kandungnya. Di sebalik kebencian yang mula runtuh, Haq pula menyimpan satu harapan yang tidak pernah disangka oleh Mawar. Dia bukan sekadar mahu mendapatkan semula hak sebagai seorang ayah, tapi mahu menjadikan Mawar sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Mampukah Mawar menerima lamaran bekas abang iparnya setelah mengetahui kebenaran yang selama ini disembunyikan? Atau trauma dan rasa bersalah terhadap arwah kakaknya akan terus menjadi penghalang kepada sebuah keluarga yang akhirnya berpeluang untuk kembali sempurna? 🌹RM 17 ✅️ Ready File ✨️ Berminat boleh tekan link di bio 🫶 #ebook #ebooks #ebookmelayu #ebooksedih #ebookcinta
MoonLight (Seller Ebook)
Region: MY
Thursday 10 September 2026 00:00:24 GMT
Music
Download
Comments
annzrh4985 :
berapa harga sis
2026-09-10 10:00:45
1
To see more videos from user @moonligghhhhttttt, please go to the Tikwm
homepage.