@chinnamongirls: I ada baca satu post dari seorang medical doctor di X semalam, dan sejujurnya i pun takut, sebab i pun selalu buat benda ni. Ada sorang patient lelaki ni, umur baru 34 tahun. Tiap-tiap weekend rajin lari 5km, blood pressure cantik, takde kencing manis, dan tak merokok. Tapi secara tiba-tiba, dia kena STROKE yang teruk. Punca dia? Satu habit 'hilangkan stress' yang simple tapi diam-diam koyakkan saluran darah utama dia. Cerita dia macam ni. Mamat ni kerja ofis yang agak memenatkan. Satu petang tengah ngadap screen komputer, tiba-tiba pandangan dia berpusing. Muka sebelah kanan dia mula jatuh (senget), dan tangan kanan terus lumpuh macam hilang nyawa. Bila dia nak panggil wife dia, suara yang keluar cuma bunyi pelik yang berterabur (slurred gibberish). Nasib baik wife dia peka dengan tanda-tanda tu dan terus bergegas bawa dia pergi kecemasan. Untuk kes stroke akut, 4.5 jam pertama tu adalah "Golden Window". Masa tu sangat berharga untuk selamatkan otak. Bila result scan saluran darah keluar, doktor jumpa puncanya. Korang tahu apa? BUKAN kolesterol. BUKAN jugak sebab darah tinggi! Bila doktor tanya ada accident atau jatuh ke baru-baru ni, mamat tu cakap: "Takde accident. Tapi leher I selalu rasa tegang gila bila buat kerja kat meja. Jadi I selalu rentap dan 'crack' kan leher pusing kiri kanan banyak kali sehari nak bagi lega." Rupanya habit harian yang korang rasa 'takde hal' tulah yang menyebabkan Cervical Artery Dissection hari tu. Macam mana benda ni boleh jadi? Korang kena tahu, kat leher kita ni ada arteri (carotid & vertebral) ibarat paip fragile yang bekalkan darah ke otak. Bila korang rentap atau pusing leher tiba-tiba (macam DIY neck cracking yang agresif), lapisan dalam saluran darah yang nipis tu boleh terkoyak! Pathology dia nampak simple tapi menakutkan: Lapisan dalam koyak → Darah berkumpul kat dinding saluran → Darah beku terbentuk nak rawat luka tu → Darah beku tu terlepas dan mengalir naik ke atas → Block aliran darah kat dalam otak→ Terus jadi ISCHEMIC STROKE. Benda ni sebenarnya punca utama stroke untuk orang sihat bawah umur 45 tahun tau. Doktor tu share jugak risiko sebenar stroke untuk orang muda (young adults): • Artery Dissections: Koyak saluran darah (sebab rentap leher, trauma, atau angkat besi cara salah/terlalu berat). • Patent Foramen Ovale (PFO): Ada lubang tersembunyi kat jantung. • Hypercoagulable states: Masalah genetik yang buat darah korang cepat beku. • Penggunaan dadah terlarang. Tolong hafal tanda-tanda amaran Stroke (F.A.S.T.) ni: Face (Muka): Muka jatuh senget sebelah. Arm (Tangan): Tiba-tiba tangan jadi lemah atau kebas. Speech (Percakapan): Cakap berterabur / pelat tiba-tiba. Time (Masa): JANGAN tunggu atau bawa tidur dengan harapan dia akan hilang. Terus pecut pergi hospital yang ada fasiliti rawat stroke. Setiap minit berlalu, jutaan sel otak mati! Berbalik pada mamat tadi, dia bernasib baik sebab sampai hospital on time untuk doktor buat intervention selamatkan nyawa dia. Sekarang dia ada kat rehab, tengah berjuang keras nak dapatkan balik pergerakan asas badan dia. Jadi pesanan untuk korang: Tulang belakang korang tu BUKAN mainan. Saluran darah kita sangat sensitif. Tolonglah berhenti habit crack leher sendiri secara ganas tu. Share post ini sekiranya bermanfaat. 😊 #stro#strokel#healthys#tipsy#foryou
SoftiePie
Region: MY
Thursday 10 September 2026 00:27:57 GMT
Music
Download
Comments
levi ackerman 🥵 :
so if rasa lenguh macam tuh apa solution dia 😭
2026-09-10 02:43:25
1046
MAS⁸⁹ :
Kita byk fikir ja.sihat pun mati, lifestyle tak sihat pun mati.natijahnya mati tu pasti.daripada anxiety yg tak berfaedah, baik kita tingkatkan amal jariah dan dekatkan diri kepada Maha Pencipta
2026-09-10 13:56:45
1740
Villages Supplies :
tp klu tak crack leher lg tegang weyy.. betul ke punca tu.. ke sebab tak taw punca maen bedal je..
2026-09-10 03:20:49
315
Ns. :
And now my dad kena stroke untuk ke dua kali nyaa... mintak tolong semua untuk doakan agar kesihatan bapak saya semakin baik yee ...
tak paksa tauu hehehe.. kalau dia tak boleh sembuh, dia terpaksa berhenti kerja, tapi takpa. doakan bapak sy supaya dpt menginggati kami semula yee.. nama beliau ialah Muhammad Nur khairul Bin Pungut...
terima kasih semua 🫶🏻🤍
2026-09-11 04:12:53
204
Mrs wani :
Sy selalu leher tegang.. Suri rumah. Klaw kurang tdo n rehat.. Mmg leher tegang dan mcm darah xjalan dekat otak.. Pahtu sakit kepala sgt3.. Xnk telan ubat.. Sy urut sendiri bahagian leher bahu tengkuk.. Kepala.. Alhamdulillah.. Angin keluo dari badan... Lame2 insyaallah.. Alhamdulillah... Ringan kepala.. Kena rajin urut ye kwn2..
2026-09-10 08:31:25
128
zidine11 :
hanya cerita problem tanpa beritahu solution jika sakit tengkuk tu
2026-09-10 03:20:26
143
🅢🅗🅐🅕🅘🅐🅗 :
Slow down, don't rush. Humble yourself, lower your head and put into sujood. The soul will be at peace, the body will be at ease. InsyaAllah.
2026-09-10 08:57:51
216
Ar3dam84 :
vaksin
2026-09-10 09:36:19
63
Hafizz Abas :
Pastu kalau org yang buat cyropractic tu xpe ke
2026-09-10 10:42:57
7
sitiazuana :
kalau kerap letupkan tulang belakang badan Pon boleh kena stoke ke? risau pulak kite nii kerap tekan belakang badan , rasa mcm tegang sesak , bila dh letup tu lega rasa nya ..
2026-09-10 14:42:19
30
user869141377271 :
alamak sll crack leher. kdg2 pusing je kepala mcm tu leher trus bunyi crack lega
2026-09-11 02:25:01
5
𝔸𝕟𝕟𝕒𝕫 '82 :
saya selalu buat..!😳😳😳
2026-09-10 02:36:53
19
fiana_adana :
Dlm 2 minggu ni kerap buat sbb sakit di tengkuk.bila pusing2 gitu rs lega sikit.pastu kpala pon sakit.
2026-09-11 11:37:14
0
ORGANIC FLY TO THE MOON ™️ :
lari ikut kemampuan bukannya push diri....
2026-09-11 23:58:43
0
random story :
sbb tu aku mls jogging 📏😅
2026-09-10 10:15:20
8
PUAN Hidayah :
Amalan baca zikir fatimah setiap malam, tubuh jadi ringan buat kerja seharian x penat sgt,in shaa Allah mujarab yg keluar dari kata-kata Rasullah dgn izinNya itu adalah real🫰🏻
2026-09-13 14:18:37
9
fitfit :
alamak ai selalu buat
2026-09-10 04:53:38
0
Hazelpeanut23 :
Mcm i, survive jgk tegang urat leher & bahu. Xtau nk buat rawatan apa da. Baru je i try minum susu omega, i Brisk walk, buat kerja yg i suka. Supaya x stress. Kepala i selalu rasa ada angin yg trapped xle kluar. I minum air halba. Air lemon & now feel better. Much better. Minta doa dgn Allah. Alhamdulillah syukur.
2026-09-10 11:12:13
13
AdamAfiyah :
Sakit tengkuk tu tanda badan perlukan rehat je..rehat jelah..klu boleh lelap ,baring ,berjalan ,makan ke minum.lari dari kerja kejap utk rileks.
2026-09-10 07:56:51
11
م :
Saya accident patah clavicle after 2 weeks okay dah sakit dah kurang. Tgk keadaan tulang tak cantik tanya dr kalau operate ada risiko tak. Ya ada mungkin salur darah akan putus, saraf yang dekat bahagian leher semua tu. Asal boleh gerak mungkin tak dapat nak gerak. So tak jadi nak operate sebab takut risiko. Adakah saya buat pilihan yang betul? Sebab after 6 weeks ni dah okay tangan dah boleh gerak dah. Tapi tulang la tak cantik 😂
2026-09-10 16:52:30
2
Buah Hati Ku ✅ :
last² doktor
gunakan jawapan pesakit
untuk cover punca
mender la 🤪
2026-09-12 15:11:08
2
KhadijahJusha :
Makan panadol boleh tak? erm kdg tegang leher sakit kepala sangat. Jenis susah tidur 😌
2026-09-10 14:16:49
0
mhdfitri860 :
tu apa puncanya dgn lari 5 km tu,,,,hahaha,,,adoillla,,,
2026-09-10 05:07:48
1
CheMurni :
Sakit kepala makan penadol pastu tido .
2026-09-10 13:34:30
0
Lere Bete :
Aku slalu ada speech blur tu..tpi time dlm mmpi jelah jdi bila aku cuba brckp atau bila aku cuba baca ayat2 quran klu nmpk bnda mnakutkan dlm mmpi😂😂
2026-09-11 01:34:23
0
To see more videos from user @chinnamongirls, please go to the Tikwm
homepage.