@aypol.ler: Ucapan Hari Pekerja Anwar 2025 dan 2026 sudah didengar. "Jangan untung sendirian." "Untung itu kerana pekerja." Kata-kata ini disimpan. Tetapi simpan dalam hati pun tidak boleh bayar bil. Hampir tiga tahun CA20. FA masih pertikaian. Social Dialogue jadi perbalahan. Mahkamah Tinggi pun sudah buat keputusan serius tentang campur tangan Menteri dalam isu FA. Tetapi bank? Terus untung berbilion. Jadi di mana tindakan Anwar? Beliau Perdana Menteri. Beliau juga Menteri Kewangan. Bukan pemerhati luar. Beliau ada kuasa. Beliau ada pengaruh. Kerajaan beliau bercakap tentang gaji wajar. Kerajaan beliau mahu GLC jadi contoh. Anwar sendiri mengecam syarikat untung berbilion tetapi berkira untuk menaikkan gaji pekerja. Tetapi apabila pekerja bank berdepan kuasa korporat yang jauh lebih besar, di mana suara lantang dari pentas itu? Pekerja tidak boleh bayar sewa dengan ucapan. Pekerja tidak boleh beli makanan anak dengan slogan. Pekerja tidak boleh lawan kos hidup dengan janji politik. Anwar sendiri mengarahkan Menteri Sumber Manusia turun dan mendengar pekerja. Kami sudah bersuara. NUBE sudah berunding. Sudah menulis. Sudah menggunakan semua saluran. Ahli sudah menceritakan gaji yang semakin terhimpit. Mahkamah Tinggi pun sudah bersuara. Jangan kata kerajaan tidak mendengar. Persoalannya sekarang: selepas mendengar, kenapa masih gagal bertindak? Apa guna bercakap tentang membela rakyat kalau apabila pekerja berdepan kuasa modal, kerajaan tidak mampu memastikan kata-kata menjadi tindakan? Apa makna MADANI kalau keadilan disebut lantang dalam ucapan tetapi begitu sukar dirasai pekerja? Cukup dengan kata-kata. Kalau rakyat betul didahulukan, buktikan. Kalau pekerja betul mahu dibela, buktikan. Kalau keadilan betul menjadi prinsip, buktikan. Kerana selepas hampir tiga tahun, pekerja bukan lagi menilai apa Anwar kata. Kami menilai apa Anwar gagal lakukan. Bank tipu kita. Kerajaan pun tipu kita. Ketahui. Bersatu. Bersuara. #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #HakPekerja #KeadilanUntukPekerja
Aypol Ler
Region: MY
Thursday 10 September 2026 02:13:29 GMT
Music
Download
Comments
Pak Karim Naya :
Pmx gagal jaga rakyat
2026-09-10 06:35:34
1
Advisor :
Tin kosong tak susahkan rakyat....ni susahkan rakyat..... sampai ke tulang dia tekan rakyat.
2026-09-10 10:04:59
0
H.U.S.I.N :
out....👎👎👎👎
2026-09-11 16:06:08
0
Xai'ili :
PMX
pemimpin yg berjuang utk rakyat.
PMX anugerah terindah dari ALLAH di pilih ALLAH sebagai KHALIFAH ALLAH
#Malaysia utkPMX
#SayangPMX
#MantapPMX
#SokongPMX
#TerbaikPMX
#PemimpinMenduniaPMX
2026-09-10 04:18:37
1
To see more videos from user @aypol.ler, please go to the Tikwm
homepage.