@ardisalasa: Ditulis oleh: Ardi Salasa Kalau soal nafsu, lelaki boleh mendapatkannya tanpa perlu berkahwin. Kalau lapar, nasi campur ada, nasi lemak pun ada, kedai mamak pun banyak. Tak perlu tunggu kamu masak. Kalau rumah bersepah, baju bertimbun atau pinggan kotor, semuanya boleh diselesaikan dengan wang. Boleh upah orang untuk menguruskannya. Jadi, kalau hanya kerana semua itu, untuk apa lelaki berkahwin? Yang dicari oleh seorang lelaki pada perempuan yang ingin dinikahinya sebenarnya jauh lebih besar. Bukan sekadar makanan, layanan atau urusan rumah. YANG DICARI IALAH KETENANGAN HATI DAN FIKIRAN. Tempat dia berasa kuat walaupun hakikatnya dia sedang lemah. Tempat dia berasa tenang walaupun dunia sedang menekannya. Tempat dia boleh melepaskan segala beban tanpa perlu berpura-pura kuat. Kerana di luar sana, seorang lelaki mungkin penat bekerja, penat memikul tanggungjawab dan penat menghadapi dunia. Namun apabila dia pulang, dia mahu merasakan bahawa masih ada seseorang yang menerima dirinya, memahami dirinya dan membuat hatinya tenang. Itulah yang dicari. Bukan sekadar seorang wanita untuk menemani hidup, tetapi seorang wanita yang menjadi tempat paling selesa untuk dia pulang. #Perkahwinan #LelakiDanWanita #KetenanganHati #TempatPulang #ArdiSalasa

𓆩Uncle D𓆪
𓆩Uncle D𓆪
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 12 September 2026 12:30:54 GMT
15611
635
15
626

Music

Download

Comments

makciktengokje
MakCikTengokJe :
Semoga perkongsian ini bermanfaat .
2026-09-12 12:39:56
2
j0r4n_p4tah
j0r4n_p4tah :
trima ksih...inilah yg cari...
2026-09-18 18:24:20
1
wantojanin
wanto :
betul..👍🏼
2026-09-12 14:13:30
1
imlooser80
ImLooserPerson :
2026-09-18 05:31:03
1
zack.notes5
Zack Notes5 :
🥰🥰🥰 tringinnya
2026-09-14 03:57:45
1
dayatafurqan
dasslerDX :
tapi x semua cube fahami lelaki. pmpuan nk laki je yg faham dia.
2026-10-10 09:16:20
0
fadzuljuraimi
Fadzul Juraimi :
@Auny Damia Danial
2026-09-15 12:36:27
2
kapteneksplorasi
🌈Dewa Oppa Cinta 龍神 천룡 愛🔥 :
@CHIKICIKIBOOM 🦖
2026-09-16 19:12:11
1
khai811118
khai@81118 :
@rostina_maria5555
2026-09-23 00:45:12
1
ssr6680
ssr6680 :
👍
2026-09-19 03:58:08
1
aaroncarter445
AaronCarter :
@Aimi Mysara
2026-09-14 21:26:21
2
appy_prince
APPY_PRINCE :
@queen_carmen
2026-10-09 03:58:21
0
soxybro12
kucing senyum :
@•⊹٭𝚁𝚘𝚜𝚎_𝙿𝚞𝚝𝚎𝚑𝟾𝟿٭⊹•
2026-09-22 14:08:25
2
To see more videos from user @ardisalasa, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About