@berita.ks: KUALA LUMPUR, 10 Sep - UMNO menetapkan empat syarat bagi menjalinkan kerjasama politik dalam usaha memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam. Timbalan Presiden UMNO, Dato‘ Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama berkenaan perlu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas serta berlandaskan kepentingan strategik politik Melayu-Islam. Beliau berkata, kerjasama itu juga tidak boleh bersifat sementara, terputus atau bermusim, selain tidak bertujuan mengambil kesempatan terhadap kekuatan atau kelemahan UMNO. Katanya, pengalaman lalu menyebabkan UMNO lebih berhati-hati dalam soal kerjasama politik, selain tidak mahu perkara sama berulang. "Kerana ini UMNO amat berhati-hati dan tidak mahu pengalaman buruk, berulang. Pendirian UMNO sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insya-Allah. "Justeru, penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan," katanya. Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerjasama tersebut perlu dinaungi UMNO dan dilaksanakan berlandaskan visi ‘Rumah Bangsa’ yang diperjuangkan parti berkenaan. Beliau berkata, kerjasama politik dalam konteks perpaduan Melayu-Islam juga perlu bersifat fleksibel menerusi persefahaman dan kerjasama longgar, bukannya perjanjian yang mengikat. Kredit Foto: BERNAMA #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 10 September 2026 02:44:35 GMT
3340
68
21
6

Music

Download

Comments

ahamad.zaki12
Ahamad Zaki :
umno x sayang kan negara..klu demi negara dan islam x payah syarat..tapi demi periuk nasi poket individu umno macam² syarat.dah x kuasa nnti mereka peduli apa..elok bungkus je umno..gantikan pas pula
2026-09-10 04:06:49
2
mynah2000
mynah :
sakau sakau sakau Dan sakau😅😂😏😂😅😂😏😏
2026-09-10 03:09:41
3
mat.ranbo
Mat Ranbo :
Tk pyh Letak Syarat jk Umno iklas Nk kerjasama Sesama islam...Dua kumpulan parti ore2 Melayu yg Besar PAS dn Umno jk kedua parti Sama2 iklas Ambil AL.Quran sebagai jln pertunjuk AL.Quran Milik ALLAH..kete sebagai islam dn Beriman dgn ALLAH jgn Tinggal AL.Quran...krn AL Quran Milik ALLAH. Selamat di Dunia dn Akhirat AL.Quran akan jdi Saksi...
2026-09-10 04:28:52
2
user66565474387251
Alpacino :
dia sudah start main dramaaaaaa....
2026-09-10 04:53:05
1
jebat948
jebat997® :
61tahun pernah mentadbir negara 7tahun dlm gabungan total 68tahun!! syaratnya ialah 70ratus kabinet ahli umno,30peratus boleh jadi menteri pertanian,pelajaran dan agama!! selebihnya timbalan..
2026-09-10 08:57:58
0
user6213678779920
user6213678779920 :
org yg melakukn pekara yg x baik jd pendosa Allah sendiri yg sedia kn tmpt nya d syurga atau neraka, jgn la kt manusia org awam berani nk lebel seseorg bejaya gagal dkt ahirat Allah yg tentu kn untung nasib kt belum tentu lg weh.
2026-09-10 07:33:58
0
matku664
Pak Ku :
Tengok dulu la syaratnya. Kalau syarat TG Hj Haji letak jawatan Pres tak boleh lah
2026-09-10 05:32:36
0
sivanasan.sivanas
siv :
Ini agenda atau saniwara pertabiran Selama 60 tahun pertabiran di mana Malaysia
2026-09-10 04:18:44
0
nikkadir715
Nik Kadir :
tak perlu apa2 syarat, jangan pasang Pagar yg Tak perlu kalau Tak nak tinggal lidah tanpa taring. boleh berselisih bergaduh kemudian bila ada kuasa..
2026-09-10 03:15:29
0
user6213678779920
user6213678779920 :
klu asyik sangka buruk je mcm mana org melayu nk bersatu..walau buruk pn parti umno..org melayu anak org melayu berjaya negara Malaysia d hormati d mata Dunia, parti 60thn ni la yg mengangkat martabat melayu rakyat Malaysia hidup dgn makmur, cuma individu yg hasad dengki yg x besukur je yg sentiasa memburuk kn parti yg 60 thn terbukti berjaya..
2026-09-10 07:25:17
0
sivanasan.sivanas
siv :
Pertabiran Selama 60 tahun pertabiran di mana Malaysia berada di mata dunia
2026-09-10 04:17:39
0
j362547
J :
seram la bg nyawa kat puak2 ni
2026-09-10 03:05:52
2
ahamad.zaki12
Ahamad Zaki :
umno ini hanya tumpang pas je..dasar x sedar diri..org dah nak islam depa pula mengada²
2026-09-10 04:13:22
1
nazleelee186
Nazlee Lee :
Syarat dia jangan bangkit kan rci isu tabung haji dan felda
2026-09-10 08:26:41
0
nagappan006
nagappan006 :
Sudah lah tok mat rakyat dah tahu perangai umno
2026-09-10 02:58:29
1
pak.long.din8
Pak Long Din :
Kalau pakat umno nak jadi kepala itu bermakna tak ikhlas tu tok mat ayat tu pas dah nampak. Kita pakat nak jatuhkan Ph sbb ada Dap dalam tu. Kena faham tok mat jangan dok nampak kuasa saja.
2026-09-10 03:19:58
0
scotraman
A. RAMAN :
Apa syarat2 semua mengarut ja jalan go solo la kalah puas hati menang lagi puas hati, syarat maknusia hukum islam pun di langaq macam macam ikan kena pukat, ni maknusia, bukan malaikat syarat buang masa ja, ka mcm mna😅😅
2026-09-10 08:29:41
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About