@mimi_murni24: Dulu mak pernah cakap, "Kalau mak dan ayah dah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan balik lagi.. Tunggulah 10 - 15 minit kerana ketika itu, malaikat akan datang.. Jika masih ada anaknya di atas kubur, malaikat akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah". Nabi kata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat. Suami, isteri, anak-anak menangis.. Lepas tu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak-pijaknya kubur.. Nabi kata, bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kita ke belakang kubur, kita mendengar bunyi derapan tapak kasut mereka pulang.. Derapan kasut-kasut mereka kita boleh dengar.. Maka, pada masa itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak. Maka, pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur.. Lepas tu, kita akan nampak anak-anak kita balik.. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar.. Selepas mereka semua beredar, datanglah dua malaikat.. Yang hitam kedua-duanya.. Yang biru kedua-duanya.. Dan kita dengar derapan kaki malaikat lebih kuat daripada derapan kaki-kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menggerunkan. Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia" .. Malaikat tak kata dah, "Hai ustaz, hai ustazah" .. Malaikat tak sebut dah.. Malaikat pun tak kenal kita.. Malaikat tak panggil hajjah, haji tapi panggil, "Hai manusia". "Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?".. Itulah soalan dia.. Maka, kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" .. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak tanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?". Kalau lulus soalan ni, maka lepaslah soalan-soalan yang lain.. Maka, malaikat tadi dengar apa yang kita jawab.. Malaikat kata, "Kami tahu dah kamu akan jawab seperti itu.. Saja kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik" .. Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin". Maka ahli kubur tadi berkata, "Pulangkan aku balik ke dunia.. Aku mahu balik pada keluargaku.. Aku mahu beritahu keadaan aku di kubur.. Tolong hantarkan aku balik..!", rayu si mati pada malaikat. Rupanya, orang mati ni nak balik ke dunia bukan nak makan nasi briyani gam, bukan nak tengok TV.. Bukan..! Dia balik sebab nak beritahu pada anak-anak supaya solat. "Wahai anak-anakku dan isteriku, solatlah.. Wahai suamiku, solatlah". Tapi malaikat kata, "Tak boleh balik.. Kamu sekarang berada di alam barzakh.. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia". Nabi SAW kata, kalau kamu orang yang baik, kata Nabi SAW, akan diluaskan kubur 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.. Tetapi, walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi dah khabarkan pada kita.. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya bekalan yang paling baik adalah taqwa.. Jagalah solat kita. Dalam setiap waktu selepas solat, sebelum berdoa, perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW. Paling kurang 100 Kali selawat sehari ( 20 Kali x 5 kali solat kita). Percayalah bila kita mulakan, kita akan dapat rasa kemanisan amalan selawat dengan dapat gandakan setiap waktu solat 200 Kali selawat x 5 = 1000 kali selawat setiap hari. Yang akan membantu kita di alam kubur & Padang Masyar nanti adalah Syafaat dari Nabi SAW. Kita kena semaikan sayang kita pada Nabi SAW dengan perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW 🤲. ALLAHU AKBAR. #fyp #malaysia
MIMI_ML
Region: MY
Thursday 10 September 2026 02:45:52 GMT
Music
Download
Comments
Zaidatul Aqmar :
saya baca sampai habis
2026-09-11 09:16:01
64
Udiee :
mudah2an post ini sampai kepada insan yg keras hatinya,untuk bertaubat dan selalu menyalahkan orang pain dan tidak pernah rasa dirinya bersalah
2026-09-10 12:53:06
180
A.G.🤟😎🤘 P.N.G.L.9559.🇲🇾🔥 :
aku kdg menangis bile terigat dosa2 masa lalu ku apa yg aku buat dulu zaman remaja..sedih dan terigat kawan2 yg telah pergi meningal kan aku dahulu pergi buat selama nya...ibu dan ayah aku pun dah tiada lagi....dri sini aku terigat kata2 kawan2 aku yg telah pergi dahulu meningal aku...mereka kata bila antara kita pergi dulu jangan Lupe sedekah kan Alfatihah buat kami Allah betul2 tersentuh hati aku...😭😓..dan yg masih hidup terus kan kehidupan mcm biasa..sedih kawan2 aku telah tiada pergi mengadap Ilahi🤲🤲🤲😢😢😥😭😭
2026-09-11 01:03:18
36
Nai 05 :
Al Fatihah buat ayah saya yg dah lama tiada
2026-09-11 08:13:05
17
Aminnuddin🇱🇷🇭🇲 :
are you feeling what today
2026-09-11 03:39:26
0
JEFRY :
amin amin
2026-09-10 18:07:00
0
Matsudin :
beruntung lah orang yang di sayang allah orang itu sentiasa berada dalam rahmat nya. sama sama lah kita mejadi orang yang di sayangi allah👍👍
2026-09-10 14:26:25
32
bujang kota :
bila didlm kubur bru kita sedar yg kita dh mati..msa tu nk myesal pun dh tk brguna..swaktu kita msih bernafas lgi..jgalah kata2 kita agar tidak myakiti hti org lain..kita hidup didunia smntara je..buat baik la pd sesiapa pun
2026-09-10 15:35:44
24
Tony3257 :
salam Al-Fatihah buat ayah dan ibu saya
2026-09-10 17:53:30
8
Maryam jf skincare :
benda ni lah paling takut sekali boleh kah kita menjawab soalan malaikat ke tak
2026-09-11 03:41:37
5
Junaidah Zakaria :
allahuakbar. ...takutnya alam kubur....amalan kita tak seberapa mna ...Allah yg akan menalaikan semuanya@@😭😭😭😭😭
2026-09-10 13:33:17
7
Rosli Ngah :
ya Allah kau ampunilah dosa2 kedua ibu bapa ku adik beradik ku dan keluarga ku dan saudara2 ku yg sudah pergi menerima panggilan mu ya Allah, Alfatihah...
2026-09-11 02:58:42
7
Abg Zai Abg Nal :
Bismilahirohamanirohim Ya Allah ko Ampunkan dosa Ibu Bapa ku dan Saudara2 ku yng Sudah Pergi menghadap mu Ya Allah. Alfatihah
🌹🌹🌹💖💖💖🤲🤲🤲😢😢😭😭😭🌹🌹🌹
2026-09-11 02:11:55
5
sugunamurugaiah :
vanakkam.saya baca sampai habis 🙏
2026-09-11 10:05:55
2
𝓐𝓷𝓲𝓼𝓱𝓪🇲🇾🇲🇾🇲🇾🌺 :
saya kalau dpt saya nk tido sebelh arwah suami saya tapi Allah lebih memilih makamnya jauh dari saya diluar negara Alfatihah buat arwah suamiku yg amat ku kasihi Allah hu akhbar 🤲😭😭😭
2026-09-11 11:25:50
2
N|Z⚡ :
al-fatihah buat ibuku🤲🏻❤️
2026-09-11 13:03:01
1
muhammadfirdausma1 :
Aaminn-Aaminn-Aaminnn🤲🤲🤲
2026-09-11 12:25:13
1
NurEmbun :
bapak baru meninggal dan proses dikebumikan alhamdulilah sangat lancar dan tak susahkan anak². tapi dikebumikan diwaktu malam selesai jam 10/11 dan hanya lampu2 kereta & motor sahaja yang kami guna. dan bila semua beranjak pulang. kami adik beradik lah org terakhir pulang. kerana tempat terbatas untuk duduk sekalipun. semoga amal ibadah bapak diterima. Amin
2026-09-11 11:06:57
24
SAIMAN A :
SEMOGA KITA DIBERI KEAMPUNAN ATAS SEGALA KEJAHILAN KITA DI MUKA BUMI INI.....DAN BERUBAH UNTUK MENJADI INSAN YG LEBIH BAIK LAGI.... INSYAALLAH
2026-09-11 03:45:38
5
Rodiah Hashim :
smog kmatian kita brakhir dlm husnul khotimah hdk nya aamiinn2 yra
2026-09-11 12:33:03
1
Ahmad Shah :
Allahu Akbar...subahanallah..
2026-09-11 06:43:30
1
Kalsom Shiekh Muslih :
Pasti kn dgn doa nya dek .mohon kpd Allah swt agar almahrum d Selamat kn dr azab kubur...dn d ampuni semua dosa² mereka..Slm Takziah ..
2026-09-11 10:36:24
2
bUnGa MeRaH75 :
Allahuakbar....tersentuh hati,mengalir air mata rindu pada orang tersayang yg telah pergi selamanya..... coretan ini sungguh terasa insyallah Allah permudahkan taubat kita....semoga yg telah pergi, dirahmati dan diampunkan segala dosa serta ditempatkan di syurga tertinggi MU ya Allah...😭😭😭
2026-09-11 15:26:31
1
To see more videos from user @mimi_murni24, please go to the Tikwm
homepage.