@berita.ks: KUALA LUMPUR, 10 Sep - Pemuda UMNO memberi jaminan agenda penyatuan ummah bersama PAS bukan ancaman kepada masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam, sebaliknya berlandaskan prinsip keadilan untuk membela seluruh rakyat. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya bersedia menjadi benteng parti dalam mempertahankan agenda berkenaan supaya tidak terhenti sebagai wacana politik semata-mata. Katanya, agenda penyatuan ummah perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan yang memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. "Apabila bercakap mengenai penyatuan ummah, saya mahu ingatkan sahabat Cina dan India bahawa ia bukanlah ancaman kepada sesiapa. "Membela Melayu bukan bererti mahu bermusuh dengan bukan Melayu, manakala memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut lain kerana dalam Islam, kita diajar kepimpinan kuat mesti berlaku adil kepada seluruh rakyat," katanya. Akmal berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam memastikan penyatuan politik tidak menghakis identiti kaum yang diwakili parti komponennya. "Jangan risau sahabat dari kaum Cina dan India. BN sudah ada bukti. "Hari ini, MCA tidak pernah kehilangan identiti Cinanya, MIC tidak pernah kehilangan identiti Indianya dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) juga tidak pernah hilang jati diri Bumiputeranya," katanya. Kredit Foto: BERNAMA #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 10 September 2026 06:45:00 GMT
1847
52
8
1

Music

Download

Comments

shamdin93
shamdin :
Kemas balik penyatuan selamat Malaysia
2026-09-10 09:32:51
0
a1b2c3d4e890
castello; :
makin xboleh percaya umno pas.
2026-09-10 07:01:59
0
thomaswys13
Thomaswys13 :
2x5 je la serupa ular patuk ular
2026-09-10 07:03:47
1
azaisma68
AZA ISMAIL :
ancaman kpd negara bila negara diserahkan kpd geng penyakau dan pembelit pemfitnah
2026-09-10 06:59:13
0
www.tiktok.mansor75
abg Honda jawi :
terbaik akmar
2026-09-10 11:17:13
0
jasonchewking
Jeff :
Cakap tak serupa bikin
2026-09-10 09:12:59
0
needlencraft2025
needle n craft :
rata rata yg ada rasa .. ialah ancaman pada org di KL Selangor je✌
2026-09-10 09:30:11
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About