@sabahmediaofficial: KOTA KINABALU :Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) di sini malam ini. Ketibaan beliau pada 7.50 malam disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Hadir sama menteri-menteri Persekutuan dan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta agensi berkaitan kerajaan. Pada majlis itu, Perdana Menteri dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional negeri Sabah sebelum jamuan makan malam disajikan. 📹 Sabah Media #sabahmedia #fyp #pmx #premiersarawak #sabah