@ohmymedia.cc: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak teragak-agak memanggil Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), malah menteri berkaitan sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan agihan baja kepada pesawah di Kedah. Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman menyatakan, mana-mana individu yang dikaitkan dengan perkara itu akan dipanggil bagi membantu siasatan. “Kita dalam proses penyiasatan. Siapa saja yang disebut dalam perkara yang disiasat, kami tidak akan meninggalkan daripada memangil individu terbabit untuk tujuan siasatan. “Ia bukan setakat KSU, menteri sekali pun kalau perlu kita panggil,” katanya pada pemberita selepas sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM. Menurut Abdul Halim, SPRM Kedah telah membuka kertas siasatan pada 26 Ogos lalu berhubung kegagalan sebuah syarikat pembekal membekalkan baja padi tambahan kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Katanya, siasatan itu membabitkan syarikat yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi membekal, menghantar serta mengedar baja padi tambahan di bawah Skim Inisiatif Pengeluaran Padi di kawasan MADA berkeluasan 100,000 hektar. Siasatan ketika ini masih di peringkat awal dengan 13 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia, empat pegawai MADA dan lapan petugas Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). “Siasatan awal mendapati sepanjang musim pertama, syarikat itu sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja kepada pesawah. Bagaimanapun, setakat September 2026, hanya 333,655 beg baja dibekalkan, berlaku kekurangan 282,360 beg baja,” katanya. Tambahnya, SPRM turut akan menjalankan analisis kewangan terhadap syarikat dan akaun berkaitan selain merekodkan percakapan pegawai serta penerima baja di 23 PPK yang terlibat. “Kami juga akan meneliti sekiranya terdapat isu kelemahan daripada aspek tatakelola yang menjadi punca kelewatan pembekalan baja,” katanya.
Oh My Media
Region: MY
Thursday 10 September 2026 15:32:49 GMT
Music
Download
Comments
user1633661561345 :
Jangan lupa panggil menteri keewangan☹️☹️☹️
2026-09-10 15:51:28
16
bit :
main wayang kuat
2026-09-10 21:29:11
6
HAM :
mesti cari salah MB Kedah,,,,,, padahal yang luluskan pembekal baja,, menteri kewangan,,,
2026-09-11 01:06:01
5
kamil :
MOF yang lulus kn🤣
2026-09-11 00:01:27
3
kamalk :
4thn lewat .semua lingkup sebab pmx.
2026-09-11 02:44:48
2
jiwaHALUIHH :
pggil la..kena siasat
2026-09-11 06:42:03
0
Nazaziz :
sprm ..blh harap ke
2026-09-11 02:28:42
0
€D€Nkorie :
panggil la cepat .
2026-09-11 01:57:52
0
Meera Feelza :
"TAK TOLAK KEMUNGKINAN"
2026-09-10 21:32:10
0
amranshah :
bantu ja, songlap duit apa da masalah
2026-09-11 00:23:28
0
are mien :
bantu siasatan dgn ajak ngeteh xsama ke??
2026-09-10 23:20:58
0
Adjmi :
Unsur2 sabotaj tersemat didalam hati2 hitam politikus2 terkini..😂😂
2026-09-11 01:56:00
0
Mohd Tarmizi :
jgn bantu siasat je SPRM.Tolong tangkap Dan dakwa siapa yg terlibat
2026-09-11 01:23:04
0
Minyak Sapu/Seru Jadi Syok :
Apa apahal kontaklah
2026-09-10 22:34:58
0
nazrahzubir :
cari sampai kubang cacing tuan.sekarang ni mereka buat kerja wcuh tak acuh je.otak fikirkn macam mana nak dapat duit ngan mudah
2026-09-11 04:57:44
0
Azriey Mohd :
DAH TAHU DAH JAWAPAN NYA NANTI
2026-09-10 23:05:05
0
hafizuddinadnan0 :
Pggil mnteri huhuhuuu cuba bgthu pe ideal y dye ad
2026-09-10 16:40:42
0
angler $ :
main campak campak??
2026-09-11 10:21:23
0
Akil Datuk Abdul Rahim :
Baja lewat....takkan ini pun diaorang ... 😔
2026-09-10 16:26:00
0
Afie :
sembang ja tu, sprm badan untuk burukkan orang dan parti, tapi pihak lawan la
2026-09-10 16:54:26
2
#JAUHKANDIRI🤪 :
Menteri gidigidiheiiiiiii
2026-09-10 18:44:31
0
zindabad :
banyak pekerja banyak pegawai ada ksu Sume buang duit jer..elok terus kilang pastu bg budak grab hantar... bagus tak idea batu gemala patik ni
2026-09-11 01:12:23
0
kot bat lee 9 :
undang2 mtri yg buat salah boleh betul nama kata malaysia ni.. 🤣🤣 negara rosak kerana mtri..
2026-09-11 05:13:22
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.