@rafidahhjibrahim: Dari Ibnu Umar r.anhuma, Nabi SAW bersabda, ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ الْوَسَائِدُ وَالدُّهْنُ وَاللَّبَنُ “Ada tiga hal yang tidak boleh ditolak, bantal untuk duduk, minyak wangi, dan susu.” (HR. Turmudzi, no. 3020, al-Baghawi no. 3173 – Dihasankan oleh al-Albani) Qutaibah menceritakan kepada kami. Dia berkata : Ibnu Abi Fudaik menceritakan kepada kami daripada Abdullah Bin Muslim daripada ayahnya daripada Ibnu Umar. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : Tiga perkara yang tidak boleh ditolak.Bantal alas, minyak dan susu. Riwayat Al-Tirmizi (2790) Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menolak (pemberian) minyak wangi.” Riwayat Al-Tirmizi (2789) Yang dimaksudkan adalah pemberian-pemberian ini ada ketika bertandang ke rumah orang lalu ditawarkan maka tidak sepatutnya ditolak kerana itulah satu bentuk tuan rumah memuliakan tetamu. Kesimpulannya, status hadis tersebut adalah hasan. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani dan sebahagian ahli hadis. Yang dimaksudkan adalah pemberian-pemberian ini ada ketika bertandang ke rumah orang lalu ditawarkan maka tidak sepatutnya ditolak kerana itulah satu bentuk tuan rumah memuliakan tetamu. Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam. Salam sahabat yang dikasihi. Pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulama/Ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. “Rakyat yang baik mustahil muncul pemimpin zalim” Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari.. Fida juga pendosa… #rafidahibrahim #sunnah #semogabermanfaat #doa #dawah
Rafidah Ibrahim
Region: MY
Thursday 10 September 2026 20:48:13 GMT
Music
Download
Comments
adtinlovepurple1 :
alhamdulillah..ilmu pg ni🥰
2026-09-10 23:52:43
0
abemie2236 :
😍😍😍
2026-09-10 20:55:21
0
To see more videos from user @rafidahhjibrahim, please go to the Tikwm
homepage.