@bookcave24: NEW EBOOK ALERT! [Release 10/09/2026] BINTANG HATI TUAN LEFTENAN | AMRA | READY FILE EDARAN 48HRS | GENRE ROMCOM | FLAGSHIP EDITION | FAHMI❤️YARRA SINOPSIS Leftenan Madya Zulfahmi. Yang paling muda dalam Bravo. Yang paling riuh. Yang paling banyak mulut. Dan yang paling kuat menyakat abang-abangnya selepas seorang demi seorang mula berkahwin. Namun di sebalik semua gelak ketawa itu, pernah ada satu soalan yang diam-diam bermain dalam fikirannya. Bila pula gilirannya? Siapa sangka jawapan itu datang dalam bentuk seorang penulis bernama Yarra Hanani yang muncul di ruangan mesej akaun TikToknya, Blackwarrior Tujuan Yarra mudah. Dia cuma mahu mengumpul bahan rujukan tentang rutin kehidupan seorang pegawai tentera laut untuk dijadikan bahan manuskrip. Tentang kapal. Tentang latihan. Tentang kehidupan apabila belayar di laut. Kemudian selesai. Sepatutnya begitu. Tetapi satu soalan menjadi dua. Dua menjadi perbualan panjang. Dan seorang lelaki bertopeng yang pada awalnya cuma menjadi sumber rujukan perlahan-lahan menjadi seseorang yang terlalu dekat untuk dianggap sekadar kebetulan. Masalahnya, Yarra berusia tiga puluh dua tahun. Zulfahmi pula lima tahun lebih muda. Dan pada pendapat Yarra, budak muda zaman sekarang memang melampau. Dengan orang yang pangkat kakak-kakak ni sepatutnya hormatlah sikit. Ini jangankan hormat... dia pergi mengorat pula. Eh, tak cukup itu. Dia selamba saja ajak kawen! Zulfahmi memang suka menyakat. Banyak mulut. Kaki teka-teki. Dan sangat berbakat membuat Yarra hilang sabar. Tetapi apabila melibatkan hati, dia tidak pernah bermain-main. “Kalau puan izinkan, saya nak kenal puan secara serius.” “Dengan izin daripada orang tua puan.” Yarra pernah menulis terlalu banyak kisah cinta. Dia tahu bagaimana seorang hero sepatutnya jatuh hati. Dia tahu bagaimana sebuah lamaran sepatutnya berlaku. Yarra pula sudah terlalu lama mengurus hidup seorang diri. Dia tidak memerlukan lelaki untuk menyelamatkannya. Namun berdikari tidak bermaksud seseorang tidak pernah penat. Dan tanpa sedar, Zulfahmi menjadi bahu yang boleh dipinjam ketika hidup terasa berat. Perkahwinan mereka tidak sempurna. Ada salah faham. Ada marah. Ada rindu yang terpendam. Ada maaf yang perlu dibuktikan, bukan sekadar disebut. Dan kadang-kadang, dalam kesibukan isteri yang tenggelam dalam kerja yang tak pernah habis, Zulfahmi perlu sentiasa bijak mencuri ruang dan peluang untuk mendapatkan perhatian Yarra. Sehinggalah kesabaran seorang suami sampai pada limit dan dia mula bertanya ; “Bila turn abang?” Dan Yarra Hanani mula sedar, Zulfahmi yang menjadi suami dia rupanya ada banyak lapisan personaliti. Dia boleh jadi serius, tegas dan bercakap benda perlu ketika mode bekerja. Tetapi di rumah, yang paling banyak kelihatan ialah seorang Zulfahmi yang nakal dan bijak memerangkap dengan koleksi teka tekinya. Bagi Fahmi, selama ini dia sudah biasa dengan laut, pelabuhan dan perjalanan yang membawanya jauh dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun rupanya, sejauh mana pun langkahnya pergi, hati tetap tahu ke mana ia mahu kembali. Dan kali ini, jawapannya bukan sebuah tempat. Ia seorang perempuan. Seorang puan yang dahulu datang cuma kerana mahu bertanya tentang rutin kehidupan seorang tentera laut, tetapi akhirnya menjadi satu-satunya arah yang sentiasa membawa Zulfahmi pulang. Burung camar terbang ke tanjung, Singgah sebentar menjelang petang; Beratus pelabuhan pernah abang kunjung, Hati puan tempat abang pulang. BINTANG HATI TUAN LEFTENAN Sebuah kisah tentang dua manusia yang bertemu tanpa pernah merancang untuk saling mencari. Tapi takdir menyatukan mereka dalam satu kisah cinta yang paling istimewa untuk Yarra Hanani tulis sepanjang kariernya sebagai seorang Novelis. #bintanghatituanleftenan #ebookmelayubestseller #fictionstory #novelisamra #ebookrecommendation

BOOKCAVE
BOOKCAVE
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 10 September 2026 23:07:03 GMT
466
13
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bookcave24, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About