@moonligghhhhttttt: “Kenapa muka memuncung macam tapai basi ni? Ada apa-apa yang terjadi kat school?” dia menegur Leeya yang berpeluk tubuh di kerusi penumpang. “Tadi teacher suruh cerita pasal keluarga. Kawan-kawan Leeya semua ada ayah. Diorang cerita mak dan ayah diorang duduk satu rumah. Tapi kenapa dedi tak duduk serumah dengan mami?” Tangannya yang mengheret tali pinggang keledar terus terhenti. Terkedu dengan soalan si anak. “Mami, kenapa dedi tak pernah balik jenguk kita? Dedi tak sayang kita ke?” soal anak itu lagi. “Kenapa Leeya cakap macam tu? Dedi kan kerja jauh. Dia tak sempat balik jenguk kita.” Alasan yang sama dia ulang untuk hentikan pertanyaan daripada mulut kecil yang semakin petah bertanya. Agaknya, Leeya pun dah muak dengar alasan tu. Matanya fokus kepada jalan di depan, tapi hatinya sebak kerana terpaksa menipu Awleeya. Dia tahu anak seumur Leeya ni perlukan perhatian daripada bapa. Tapi dia terpaksa buat macam ni. “Tapi papa kawan Leeya ada je. Papa diorang datang hantar dan ambil diorang kat school. Kenapa dedi tak balik hantar Leeya kat school?” “Sebab dedi sibuk kerja, sayang…” Riak muka anak kecil itu berubah sedih. Tangannya memintal rambutnya yang didandan elok. “Dedi tak pernah balik. Leeya pun nak tengok muka dedi…” sekali lagi anak kecil itu meluah. Mawar terus berhentikan keretanya di tepi jalan yang kurang sibuk itu. Dia termenung seketika sehingga Awleeya sudah mula teresak-esak di tepi. “Kan best kalau dedi ada sekali. Kalau mami penat, mami boleh rehat. Sebab dedi akan datang ambil Leeya.” Mawar mengesat tubir matanya. Pertama kali dia mendengar luahan anak ini, luluh jiwanya saat ini. Dia akui, dia ada kekurangan dalam membesarkan anaknya itu. Dia tahu, jiwa anak perempuan pastinya memerlukan susuk seorang ayah. Tapi dia tak mampu untuk tunaikan keinginan anaknya itu buat masa sekarang. “Leeya rindu dedi…” sambung Leeya lagi. Leeya memangku dagunya pada dashboard. Pokok hiasan yang bergerak itu dia pintal sesuka hatinya. Sekali lagi Mawar rasa kesian. “Dedi hensem, tak, mami?” soalan Leeya itu dibalas dengan anggukan. “Hensem…” “Mami tak pernah penat jaga Leeya. Walaupun daddy tak ada dengan kita, mami boleh je buat semua benda tu sendirian. Leeya tak happy ke tinggal dengan mami?” “Leeya happy.” “Habis tu, kenapa Leeya masih nakkan dedi? Dedi kan kerja…” “Leeya cuma jeles sebab kawan Leeya ada papa.” ujar Leeya perlahan. Mawar memeluk tubuh anaknya itu. Tersedu-sedan Awleeya menangis dalam dakapan hangat maminya. “Nanti mami bawa Leeya jumpa dedi ya. Dah, jangan nangis.” “Betul ke, mami?” Leeya terus berhenti menangis. “Iya, sayang. Mami janji.” dia angkat jari anaknya buat isyarat pinky promise. Melihat muka yang kembali ceria, dia hanya mampu ukir senyum kelat. 🌹RM 17 ✅️ Ready File ✨️ Berminat boleh tekan link di bio 🫶 #ebookmelayu #ebooksedih #ebook #ebookcinta #ebooktiktok
MoonLight (Seller Ebook)
Region: MY
Thursday 10 September 2026 23:50:04 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @moonligghhhhttttt, please go to the Tikwm
homepage.