@hqsuaratv: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa itu buat pertama kalinya menghimpunkan bank komersial, syarikat telekomunikasi dan platform digital bagi memperkukuh kerjasama menangani jenayah penipuan dalam talian. Antara pihak yang terlibat termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, bank, syarikat telekomunikasi serta platform digital termasuk TikTok. #PenipuanDalamTalian #Scam #JenayahSiber