@beritartm: ODISHA, India, 11 September – Lima anak orang utan diselamatkan selepas ditemukan di sebuah hutan kasuarina di Bichitrapur, berhampiran Kampung Badapahi, Balasore, Odisha. Penemuan haiwan berkenaan mengejutkan penduduk dan pasukan perhutanan kerana orang utan bukan spesies yang berasal dari India. Spesies itu hanya ditemukan secara semula jadi di hutan hujan Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Indonesia (Pulau Borneo dan Sumatra), sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana haiwan berkenaan boleh berada di India. Pasukan perhutanan kemudian membawa kelima-lima anak orang utan itu untuk diberikan makanan sebelum diserahkan kepada pihak veterinar bagi pemeriksaan kesihatan dan pemantauan. Kesemua haiwan berkenaan dijangka dipindahkan ke Taman Zoologi Nandankanan di Bhubaneswar. Pihak berkuasa mengesyaki penemuan itu mungkin mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan hidupan liar antarabangsa. Kerajaan negeri Odisha turut meminta Wildlife Crime Control Bureau (WCCB) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti asal-usul haiwan berkenaan, termasuk bagaimana ia dibawa masuk ke India sebelum ditinggalkan di kawasan hutan berhampiran pantai Odisha. Penerbit: Rekha Sevaloga Nathan Sumber Video: Media Sosial 'Yang sahih di RTM' #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Berita RTM
Berita RTM
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 11 September 2026 01:13:07 GMT
5815
86
4
3

Music

Download

Comments

hafizahchan
hafizahchan :
Dah la comel
2026-09-11 05:03:48
0
koon1200
koon :
Klau boleh survival hutan sana, krjaan boleh bela untuk aktiviti prlancongan rkyat sndiri dsna jgn dok buat smbah sudhlah, naya..
2026-09-11 01:53:32
0
g9wyt
@G!Joe :
tak mungkin anak org utan tu tib2 ada d sna tampa induknya,adakh dseludup?🤔sbb imdia mmg tak pernah ada spesis ini sblmnya
2026-09-11 06:00:07
0
ahmadsyafiq000
ahmad syafiq :
🥰🥰🥰
2026-09-11 01:42:49
0
To see more videos from user @beritartm, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About