@berita.ks: PUTRAJAYA, 11 Sep - Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendirian untuk menghormati sepenuhnya kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu berhubung isu pengampunan termasuk membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak. Pengarah Pilihan Raya PH, Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah dipertikaikan memandangkan gabungan itu sentiasa mengiktiraf bidang kuasa mutlak institusi diraja. “Tak ada pertikaian. Yang kita bangkitkan adalah pandangan bahawa kita faham Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja mempunyai wewenang serta autoriti penuh untuk memberikan pengampunan. Itu memang telah diperakui dan tak pernah disentuh," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Negeri Selangor di sini, bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung pendirian PH sebelum ini. Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa pihak gabungan tersebut sama sekali tidak menghalang kelancaran sebarang prosiding Lembaga Pengampunan yang difahamkan bakal bersidang pada esok. Sementara itu, ketika diminta mengulas gesaan seorang pemimpin DAP Kuala Lumpur agar anggota parti meletakkan jawatan Kabinet sekiranya pengampunan diberikan, beliau berpandangan bahawa pandangan akar umbi wajar dihormati namun amanah mentadbir mesti diteruskan. “Kami sudah melaksanakannya dengan membawa kejayaan ekonomi, mengekalkan kestabilan dalam keadaan krisis merata-rata. Walaupun ada dua-tiga isu yang perlu ditangani, seperti isu 3R dan kepercayaan masyarakat Melayu, kami ada lagi berbaki setahun," tambah beliau. Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan berputus asa sebelum tamat tempoh perlawanan sebagai satu langkah yang kurang bijak dan beriltizam untuk melengkapkan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat. Kredit foto: Astro Awani, Bernama #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 11 September 2026 02:17:25 GMT
4322
59
15
3

Music

Download

Comments

iloveeatrice88
Rice 頂級白飯🍚✨️ :
PH hormat Raja2 Melayu UMNO cabar Raja2 Melayu, lagi nak turunkan Tuanku 😏
2026-09-11 04:47:25
3
suffianali013
suffianali013 :
Orang politik memang lidah bercabang ke
2026-09-11 02:47:46
0
romeo_4132
Romeo :
pru 16 perlu diadakan segera.jangan sampai rakyaat memberontak pulak .kerajaan sekarang bukan rakyaat yg mahu.agong dulu yg arahkan.bubar parlimen segera
2026-09-11 14:18:03
0
user5842973037887
ShaSha :
di akhir zaman
2026-09-11 08:09:43
0
ziahaziz4
ziahaziz4 :
pepatah MELAYU zmn berzmn dh ada... RAJA YG ADIL RAJA DISEMBAH RAJA YG ZALIM RAJA DISANGGAH HANYA Tok2 UNDANG yg tahu kenapa
2026-09-11 05:56:51
0
hamdanmanatad3
U.S.I.A :
kuasa pengampuhan sultan negeri,,,
2026-09-11 04:14:50
0
user8871195579800
Leex70 :
Kita tak perlu dengar alasan yg sentiasa mengarut. Percayalah rakyat sudah ada keputusan hanya menunggu bila gendang PRU 16 akan dipalu itu sj.
2026-09-11 06:50:10
0
zul_toi
zulkifli :
nak ke kiri tak boleh nak ke kanan pun x boleh .
2026-09-11 05:35:15
0
c0po5
c0po :
Phancing champion dalam penipuan dan derhaka pada raja
2026-09-11 04:43:53
0
zz18772
awang :
biaq ja Jib sana nanti ramai la kawan join sekali
2026-09-11 03:00:04
0
.fau21_fz_pendekar
fau21 :
👍
2026-09-11 04:33:10
0
imdy5667
SMS :
pertama x kene tipu krn pecaya, ke2 kene tipu bg peluang , ke3 kene tipu mmg kt bodoh.. jd ingat wlpun ph bg apa pn,wlpu dia ugut raky cm2 mana pn jgn d undi lg ph ni..
2026-09-11 02:41:53
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About