@berita.ks: JOHOR BAHRU, 11 Sep - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung dakwaan wujudnya pihak tertentu yang dipercayai menyerang serta mengkhianati parti tersebut. Ahli Dewan Negara itu mengingatkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa sama sekali tidak seharusnya disalahtafsirkan atau disamakan dengan usaha untuk menyerang keutuhan mana-mana pertubuhan politik. Kenyataan tersebut disuarakan susulan insiden pendakwaan di mahkamah terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkaitan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada dua hari lalu. Menurut Sheikh Umar, Azeez telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan jawatan pengerusi di sebuah syarikat dengan imbuhan berjumlah RM690,000 setahun selain dikatakan mempengaruhi kelulusan pelaburan mencecah RM193.5 juta. “Jika itu yang Asyraf Wajdi maksudkan sebagai salah guna kuasa dan khianati rakan, saya fikir beliau silap. Jangan terkeliru antara khianati rakan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang," jelas Umar. Terdahulu, Asyraf Wajdi ketika membentangkan Laporan Setiausaha Agung bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dilapor mendakwa wujud pihak berjawatan yang menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengaibkan UMNO. Sehubungan dengan itu, Sheikh Umar turut melontarkan persoalan sama ada siasatan penguatkuasaan berhubung kes perundangan tersebut menjadi punca utama di sebalik keluhan Setiausaha Agung UMNO berkenaan. “Adakah hal ini yang Asyraf Wajdi marah sangat dalam PAU? Yang beliau katakan sebagai serangan terhadap UMNO? Yang beliau kata bobrok, mengaibkan dan memalukan UMNO?," soalnya menerusi satu kenyataan rasmi pada Jumaat. Kredit foto: Astro Awani #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Friday 11 September 2026 12:50:56 GMT
Music
Download
Comments
NAZREEN :
Melayu gaduh dgn Melayu..yg menang minoriti..
Bersama lah dengan PAS demi penyatuan BANGSA MELAYU..💚💚💚
2026-09-12 01:26:46
3
HARUN ISMAIL :
akhir zaman
2026-09-11 23:45:32
0
TOMYAM :
2026-09-11 13:10:58
0
mike Jaswanth Singh Hazura Sin :
Yb Sheikh ,jangan buang masa dengan pemimpin sakau ,semua raayat dah tahu perangai pemimpin BN, lihat apa jadi di Negri memalukan semua raayat yg undi BN,PN ,kenapa raayat tak buka mata san lihat apa yg benar, kesian mereka undi BN lepas itu menangis, DAULAT TUANKU, SYABAS YB SHEIKIH ,BENAR YG BENAR
2026-09-12 02:51:35
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.