@iyeker_: Ketika ramai pimpinan dan perwakilan UMNO yang seharian berkampung di Perhimpunan Agung UMNO mungkin sudah lena selepas penat berucap, bersorak dan berbahas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula masih bekerja. Sebaik tiba di New Delhi, Anwar terus mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin sekitar jam 11 malam waktu India. Itu bersamaan kira-kira jam 1.30 pagi waktu Malaysia. Dengan berbaju Melayu, bersongkok dan bercapal, “guru” itu bukan sekadar salam dan bergambar. Antara yang dibincangkan ialah usaha mempercepatkan penerbangan terus Malaysia-Rusia, kemudahan perjalanan tanpa visa, kerjasama tenaga, peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke Rusia serta usaha menggandakan nilai perdagangan kedua-dua negara. Anwar turut mencadangkan mekanisme khas antara Malaysia dan Rusia supaya semua persetujuan yang dicapai dapat diselaraskan dan dilaksanakan dengan lebih cepat. Cadangan itu dipersetujui Putin. Beliau juga menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia. Jadi bezanya mungkin mudah. Ada yang siang tadi sibuk cakap siapa lebih layak jadi guru. Guru sebenar pula jam 1.30 pagi waktu Malaysia masih duduk dengan pemimpin dunia bincang macam mana nak tambah perdagangan, buka pasaran dan tarik peluang untuk negara. Yang pergi PAU mungkin dah sedap tidur. “Guru” masih buat kerja.

iyeker?
iyeker?
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 12 September 2026 02:52:11 GMT
4943
270
20
1

Music

Download

Comments

asranr3
asranr3 :
yeke tu
2026-09-12 04:18:19
0
hjamas3
Mas :
smoga Allaah stiasa mlindungi PMX...Aamiin...smog sgla tohmahn btukar mnjd yg terbaik buat PMX..
2026-09-12 04:09:40
7
cikgu.abu3
cikgu Abu :
yang gi Pau...mau GST kembali semula
2026-09-12 04:04:27
3
juminahnawi
no name :
🥰🥰🥰 PMX memang terbaik Aahh... long live guruuu.. dia pmx dia juga guru..
2026-09-12 03:01:53
6
ameeseafood
ameeseafood :
Pmx terbaik
2026-09-12 04:25:48
3
nazsuvek86y
nazri :
kasi humban PH
2026-09-12 04:26:22
1
aa112678900
🍏 apple :
semua dia jumpa.. hasil?🤣🤣 4 tahun biliunnn billiunn. , dia sakau rakyat bnyk.. subsidi, bil2. cukai.. 😂
2026-09-12 14:09:25
0
kfghyyyk
pok weil lori :
selama naruto pergi beli telur, sprite di carwash, senyum, beli d pagi day, Uraaa!! URAAA!!!
2026-09-12 04:53:45
0
iamoptimis
doa yang baik baik🤲 :
kekal bersama PMX👍
2026-09-12 05:20:44
0
mozainshortvideo
mozain :
2026-09-12 05:12:30
0
iamnunia
🌷🦋عينون جارية🦋🌷 :
klu wktu malaysia..die tido dh ke
2026-09-12 08:10:32
0
putraidaman77
Arab Tiger :
die sorang ja pemimpin jumpa eh??🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-09-12 08:19:46
0
ken_malaysia
KEN KL :
yg sakau team mana tau...sakau pandai over expenses pandai..yg lain semua bodo..
2026-09-12 04:23:12
0
zulkiflymohammeds
Zulkifly Mohammed Shariff :
yang di PAU mmg kuat pau tak kira cara pun . janji kayaa hasil rompak duit rakyat .
2026-09-12 04:08:09
1
raduanduan2
raduanduan2 :
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
2026-09-12 04:29:33
0
To see more videos from user @iyeker_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About