@mediaselangor: Hujan yang melanda beberapa lokasi di Lembah Klang dan negeri lain semalam membantu memperbaiki kualiti udara hari ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), seluruh Semenanjung menunjukkan trend pemulihan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik dan sederhana. Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 42 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 12 kawasan lagi berada pada tahap baik. #MediaSelangor #KlikSemasa #jerebu #Sarawak #APIMS