@mediaselangor: Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya siasatan berhubung nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran Long Lellang, Ulu Baram kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pihaknya mendapatkan maklumat berkaitan operasi penerbangan berkenaan sebaik menerima laporan nahas pada Selasa lalu. Menurutnya, keutamaan ketika kejadian adalah memastikan operasi menyelamat dan membawa pulang mangsa dapat dilaksanakan segera, manakala penentuan punca nahas perlu diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan. #MediaSelangor #NahasHelikopter #UluBaram #CAAM