@mediaselangor: Tiada laporan mengenai penuntut Malaysia terjejas dari segi kesihatan akibat jerebu di Indonesia setakat ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memantau keadaan penuntut Malaysia yang sedang meneruskan pengajian di negara itu menerusi pejabat Education Malaysia Indonesia (EMI). #MediaSelangor #Jerebu #Indonesia #KPT