@f8buzz: 🇲🇾 Mereka dah buat bahagian mereka. Sekarang giliran kita pula berada di belakang Team MAS! Kali ini, Ketua Jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun mengajak seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada skuad negara yang bakal berjuang di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dari 19 September hingga 4 Oktober ini. 🔥🇲🇾 Di bawah kendalian Ahmad Jais, skuad negara hadir dengan reputasi besar selepas mencipta sejarah memenangi emas regu berpasukan Sukan SEA 2025 dan muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026. 👇 Jom tinggalkan ucapan semangat untuk Ahmad Jais, skuad sepak takraw negara dan seluruh Team MAS! Malaysia Boleh! 🇲🇾🔥 #f8buzzteammas #TeamMAS #AsianGames2026 #MalaysiaBoleh