@agro2u.shop: KUALA LUMPUR — UMNO Terengganu menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya lebih berhati-hati sekiranya mahu menjalinkan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan datang. Ketua UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kepentingan UMNO Terengganu perlu turut diambil kira, khususnya jika rundingan melibatkan pengagihan kerusi. Beliau berkata, UMNO Terengganu kini sedang menyusun barisan dan mempergiatkan khidmat kepada rakyat sebagai usaha untuk bangkit semula di negeri itu. Ahmad Razif turut menyatakan sokongan terhadap gagasan Kolaborasi Agung yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya sebarang rundingan dengan PAS menghasilkan keadaan menang-menang untuk kedua-dua parti. Malah, ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, beliau secara sinis mengingatkan: “Jangan nanti balik-balik 40-0 pula.” Beliau turut menegaskan bahawa persefahaman tidak seharusnya menyebabkan UMNO Terengganu kehilangan kesemua kerusi yang dipertandingkan. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata PAS tidak akan menyerahkan kerusi yang dikenal pasti berpotensi dimenangi parti itu kepada mana-mana parti bagi menghadapi PRU16. Sementara itu, Ahmad Razif berkata UMNO juga perlu bersedia dengan dasar dan penyelesaian terhadap isu rakyat, bukan sekadar memberi tumpuan kepada calon serta strategi pilihan raya. Menurutnya, parti itu perlu membina keupayaan menghasilkan dasar yang boleh diuji dan dilaksanakan sekiranya mahu kembali memerintah negara. Adakah kerjasama UMNO-PAS akan berlaku di Terengganu? #umno #umnomalaysia #barisannasional #bn #fyp

AGRO2U Shop
AGRO2U Shop
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 12 September 2026 12:48:22 GMT
7659
33
10
2

Music

Download

Comments

abdulrahim3556
M :
Penganalisa DAP yakin gelombang tsunami biru/ hijau akan menawan Putrajaya d PRU 16. adakah ini benar ?
2026-09-12 15:50:11
1
hjmohdnoorismail
azizunbasariah :
Bersangka baik let Allah do the rest wahai pemimpin pemimpin melayu
2026-09-13 04:47:01
1
zaizadatul69
zaizatul :
apa untungnya pada umno bila berpakat dgn pas ni satu kurusi pun yg dimenangi pas tak nak bagi pd umno di ganu kelantan kedah perlis dan sebahgian besar perak umno melopong ja lah umno bole tutp kedai
2026-09-12 18:30:40
1
kamalabdullah756
kamalabdullah756 :
TERBAIK UMNO bertanding SOLO saja tak payah share dgn sapa3 bolih tanding Semuanya
2026-09-13 13:19:13
1
namaboliau
Takdenama :
akibat tamaknya UMNO melaka sampai lupa negeri lain UMNO hanya tahik gigi je
2026-09-12 22:58:08
1
tatatiti5529
Tata Titi :
UMNO perasan hebat
2026-09-13 00:27:30
1
mohdfattah5
Mohd Fattah :
NK ALIHKAN ISU RAJA KT N9..UMNO TERUK DI SERANG DI N9 ISU RAJA..SEDANGKAN PAS HANYA BERDIAM DIRI X DE APA2 KOMEN...
2026-09-13 01:52:35
0
jonlabu118
Zz :
sebenarnya ramai ahi umno yg teringin jd calon prk tp kehilangan peluang sb polisi share kerusi dg PN....sekian lama berharap berjuamg tp di nafikan saat akhir...nanti bile di zalim I balik mula cari akar umbi yg berjuamg..baik2 ada peluang sapu 40 kerusi tinggal and 20 ..kalah plak 10..tinggal sepuluh ..jd la lagu 10 budak hitam
2026-09-13 03:00:25
0
To see more videos from user @agro2u.shop, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About