@ipdpasirputehkltn: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ Pasir Puteh, 12 September 2026 (Sabtu) โ Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, YDH Supt Saari bin Yaacob telah hadir ke Program Imarah Masjid: Solat dan Kuliah Dhuha sempena keberangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid bertempat di Masjid Wahdatul Ummah, Mukim Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato' Tengku Aniza binti Tengku Abdul Hamid, Adinda Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, YABrs Tuan Kamarulzaman bin Abdul Wahab, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Muaz bin Zamri, Imam Masjid Jamek Sultan Muhammad II Telipot, Ustaz Mohd Azil bin Yaacob, penceramah agama serta Ustaz Samsuddin bin Mat San, Imam Masjid Wahdatul Ummah. Hadir mewakili IPD Pasir Puteh ialah ASP Mohd Zaki bin Wahab, KBKDNKA dan SM Saifullah bin Shuib, Ketua Polis Balai Cherang Ruku. Turut bersama dalam program tersebut ialah kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Majlis Daerah Pasir Puteh serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Program dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid sebelum baginda berangkat ke ruang utama masjid bagi menunaikan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azil bin Yaacob serta alunan selawat Maulud. Sepanjang program berlangsung, anggota IPD Pasir Puteh telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan kawalan lalu lintas bagi memastikan kelancaran serta keselamatan keberangkatan Yang Maha Mulia dan para hadirin. Program seumpama ini turut menjadi wadah dalam mengimarahkan institusi masjid, menyuburkan penghayatan agama serta mengeratkan hubungan antara PDRM, agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Majlis berakhir dengan keberangkatan pulang Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid ke Istana Mahkota. #PDRM #PolisKelantan #IPDPasirPuteh #ImarahMasjid #SolatDhuha
IPD Pasir Puteh
Region: MY
Saturday 12 September 2026 13:05:14 GMT
Music
Download
Comments
Lukman 848 group :
๐๐
2026-09-13 03:04:14
1
Zamriday6858 :
Terbaik semua ๐๐
2026-09-13 00:07:24
0
Mickey mous :
Alhamdulillah terbaik
2026-09-12 15:11:31
1
Ismail gc :
๐
๐
2026-09-12 14:47:30
2
To see more videos from user @ipdpasirputehkltn, please go to the Tikwm
homepage.