@melakatv: SEKAMPUNG MERIAHKAN PERTANDINGAN MEMANCING DI SUNGAI SIPUT 13 September - Selepas sekian lama sepi tanpa aktiviti, kawasan tali air berhampiran Masjid Ar-Rabbani, Kampung Sungai Siput, di sini, kembali riuh dengan sorakan dan gelak tawa apabila hampir 100 penduduk ‘turun’ menyertai Pertandingan Memancing Ikan Air Tawar sempena Festival Sungai Melaka 2026 Daerah Alor Gajah. Pertandingan itu juga merupakan antara pengisian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, sekali gus menghidupkan kembali kawasan berkenaan dengan penglibatan penduduk daripada pelbagai lapisan umur. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Siput, Hussin Ahmad, 69, berkata, sambutan yang diterima itu berjaya menghidupkan semula minat penduduk terhadap aktiviti memancing yang sudah lama tidak dianjurkan di kawasan berkenaan. 🎥 Faiz Hasan #MelakaTV #wakilrakyatuntukrakyat #wrur #ayerlimau #FestivalSungaiMelaka2026
MELAKA HARI INI
Region: MY
Sunday 13 September 2026 02:54:00 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @melakatv, please go to the Tikwm
homepage.