@_mazlanrahman_: Petang ini saya berkesempatan menyantuni masyarakat India di Rumah Berhala Sri Kallu Malai Kaliamman Kanthan sempena perayaan tahunan yang diadakan di kuil ini. Memang cukup meriah. Dianggarkan sekitar 4,000 pengunjung hadir memenuhi kawasan kuil dan suasana di luar juga begitu meriah dengan pelbagai gerai jualan makanan serta barangan yang memenuhi sepanjang bahu jalan. Saya cukup gembira dapat bersama-sama masyarakat India di sini dan melihat sendiri kemeriahan sambutan yang diadakan. Program sebegini juga menjadi ruang untuk kita saling mengenali, menghormati budaya dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Kuil, Encik Rajah, atas jemputan untuk saya turut hadir memeriahkan majlis. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perayaan tahunan ini. #fyp #fypシ #foryoupage #toklanofulukinta #barisannasional