@vocket: Jabatan Perikanan Pahang sedang menyiasat dakwaan seorang pemancing yang dilaporkan mendaratkan ikan piranha perut merah atau nama saintifiknya, Pygocentrus nattereri di Empangan Klau, Raub. Mereka akan melawat lokasi empangan berkenaan bagi mengumpul maklumat lanjut serta mengesahkan penemuan ikan larangan di negara ini yang biasanya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan. "Kita sedang siasat bagi mengesahkan dakwaan berhubung kehadiran spesies ikan pemangsa ini di Empangan Klau. Pegawai perikanan akan ke sana minggu ini," kata Pengarah Perikanan Pahang, Roslan Abu Hasan. Semalam, sebuah kumpulan pemantau hidupan air tawar tempatan menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran spesies ikan piranha perut merah di empangan berkenaan sebelum ini. Ikan piranha perut merah berkenaan dipercayai dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke dalam empangan itu. Untuk rekod, ikan piranha dan pacu merangkumi piranha perut merah serta pacu perut merah adalah spesies yang dikawal atau dilarang di Malaysia berikutan kebimbangan terhadap kesannya sebagai spesies invasif. Sumber: Harian Metro #jabatanperikanan #ikanpiranha #trending
vocket
Region: MY
Sunday 13 September 2026 10:25:17 GMT
Music
Download
Comments
MhMd YhYw..😁 :
Tu ikan Piranon laa..bukan Piranha
2026-09-13 11:15:12
285
shortname.hash :
Roro yg besaq pun terlepas masuk sedangkan ikan yg berenang2[Big LOL]
2026-09-13 11:45:18
198
MK _ Riy :
Ikan tu x dtg dgn sndri.... Siasat kdai akuarium
2026-09-13 11:26:55
861
BTS :
ikan ni jenis baham menteri tak... kalau baham kami netizen nak bela dalam jangka masa madani memerintah
2026-09-13 13:25:55
110
Angah ( Puakarimba ) :
jabatan yg berkenaan sepatutnya pantau kedai2 jual ikn hiasan ni jgn sampai spesis ikn luar berlambak di Malaysia ni terutama ikn pemangsa
2026-09-13 11:14:43
379
kokoden.1 :
lobos di pintu masuk import eksport MQS kastam.. tido ker?
2026-09-13 12:36:30
36
꧁☼ ZAI ZAINAL 94 ☼꧂ :
pirana 😲
2026-09-13 11:55:28
0
misa3478_ :
Rogya masuk, ikn pirnha pun msuk. Lps ni pe lgilh 😣
2026-09-13 11:24:17
43
tokabah ustaz HJ.AMIR :
ni kerja org xbertanggung jawab...mula Dari kedai aquarium...kena siasat Dari situ... mcmana ikan ni boleh terlepas kat org awam...
2026-09-13 11:40:26
58
✨PeTiR DeAn✨ :
sikit lagi kena pagar keseluruhan ampangan tu
2026-09-13 11:16:00
16
nurul :
cuba jabatan perikanan cek kedai2 yg jual ikan hiasan. byk ikan pendatang yg dijual. ptut haramkan. ni ikan bandaraya masih lg dijual walaupun tahu akibatnya pada ekosistem sungai negara.
2026-09-13 12:24:07
23
kuntakinte :
jaga jaga sapa yg mandi sungai
2026-09-13 11:16:06
21
ŹÅĆĶ À.M.M.M😎🤏🏻 :
Ikan ni cari psl dgn angler kt Msia, x lama pupus la 😂
2026-09-13 11:40:19
23
Restoran Cinta Kampung :
habislah lepasni benih2 ikan tempatan
2026-09-13 11:35:38
7
kyo ktn :
Ikan pirana ni boleh masuk ke kat malaysia..spesis yg bahaya...boleh mohon lesen ke
2026-09-13 12:01:15
14
Mr A ᡕᠵ╤ᡁ᠊デ━ :
sapa lh yg beli ikan piranah pastu lepaskn
2026-09-13 12:35:27
1
M.shafiq :
punca orang yang bela ikan jenis tu la.. dah tak nak bela.. buang ikut dan saja.
2026-09-13 12:45:16
11
lin :
ikan nie bole masuk malaysia ka..
2026-09-13 14:14:43
0
Elok. :
Ini ikan yg dlm cerita Tarzan tu kan
2026-09-13 12:01:08
7
Nani Ros 🌹 :
Ikan Pacu Ni,Giginya Lbh Kurang Sama Mcm Gigi Org,Tp,Giginya Pjg Sikit..Rapat2 Giginya..Taklh Runcing..
Sebab,Saya Sll Jugak Siang lkan Pacu Ni,Hasil,Memancing Kat Tasik Lama & Kolam Lama..
2026-09-13 13:12:49
0
Kapal Karam :
Bahaya mcm PAS juga
2026-09-13 13:41:20
0
Usop Talib :
ikan bandaraya sudah,ikan baung merah sudah.next pirana pulak...hbis la
2026-09-13 12:36:00
0
cephaluskephalos :
syukur alhamdulilah allah bagi ikan free
2026-09-13 12:14:05
1
seeds1001 :
Ada prg suka beli ikan pastu bela pastu x nak buang
2026-09-13 14:39:50
2
Legacy :
ade ke org mati sbb pirana
2026-09-13 12:07:26
0
To see more videos from user @vocket, please go to the Tikwm
homepage.