@berita.ks: KUALA LUMPUR, 13 Sep - Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai sekurang-kurangnya tiga pilihan sekiranya mahu mencabar Kerajaan Perpaduan tanpa perlu menunggu Perdana Menteri mengambil tindakan menyingkirkan UMNO daripada kerajaan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tiga pilihan itu ialah menarik balik sokongan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN), menteri daripada UMNO meletakkan jawatan dalam Kabinet atau mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri apabila persidangan Parlimen bermula 5 Oktober ini. Katanya, semua pilihan tersebut mempunyai saluran di Parlimen dan tidak memerlukan Ahmad Zahid menunggu keputusan Perdana Menteri, Dato‘ Seri Anwar Ibrahim untuk memecat menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu daripada kerajaan. "Kerajaan Perpaduan ini bukanlah satu gabungan rasmi sebaliknya ia longgar dan bila-bila masa boleh tarik diri. "Dalam masa sama, Anwar ialah orang yang mengenang budi UMNO dan tidak sampai hati untuk memecat Menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu," katanya. Hassan turut mengingatkan supaya sebarang perbezaan pendirian tidak diterjemahkan melalui ugutan atau cabaran terbuka kerana perkara itu boleh memberi persepsi kurang baik kepada rakyat. Semalam, media melaporkan UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada mendapatkan semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi. Ahmad Zahid berkata, gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Kredit Foto: BERNAMA #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 13 September 2026 11:06:24 GMT
24806
281
43
5

Music

Download

Comments

selendang.kebenar
selendang kebenaran :
sya sebagai pengundi umno terasa sangat menyentuh hati ... ramai kawan2 Dari umno piaww tegar biru dah mula bercakap pmx seorang yg benar2 iklas dan banyak membantu sekolah agama dan org2 melayu majlis2 agama makin bnyak dibawah pmx insyalah pmx akan kekal selepas pru16 ni kami anak2 muda seluruh malaysia akan undi pmx hanya pmx yg benar2 iklas untuk islam melayu dan tanah air🤲🤲🤲takbirrrr
2026-09-13 14:40:32
8
doll67103
jerung :
Kotor politik yang korang wariskan ni,jahanam negara,hancur bangsa Dan agama
2026-09-13 11:25:50
11
shohimi0
Shohimi :
dlm perhimpunan PkR bantai UMNO kau2 dlm pau UMNO bgi balik.. dah ko orang pusing2 keliling.
2026-09-13 12:30:49
3
suaib732
suaib :
bukan kenang budi,pmx tidak pernah kenang budi tengok pejuang pejuang pkr dibuang secara terhormat,bila BN keluar kerajaan perpaduan akan tergugat.nak tahu Cuba tengok.bn akan bergabung dgn pn Dan akan cari gabungan baru Cuba Anwar Cuba Anwar kalau nak jadi xpmx.
2026-09-14 03:54:34
0
heivirtual
Virtual :
Kalau mudharat putuskan saja Simpan hati sakitkan.
2026-09-13 11:48:48
1
zynero10
zynero10 :
2026-09-13 12:57:35
1
pokcikjeng
Pokcik Jeng :
klu x suka kerajaan madani keluar jer la
2026-09-14 08:33:06
0
taro19079
k.trool :
dulu kurang dipandang kerap sangkal pmx. kini..
2026-09-13 14:35:08
0
yah76038
Yah :
Samseng2 sekarang puak2 yg dulu orang tolak!
2026-09-14 01:49:07
0
abtelanbara
REJIMJOKER :
Bila Sebuah KERAJAAN itu dirasai Hak KEPARTIAN....Lupa Datang Kamu daripada Hasil TANGAN TANGAN RAKYAT.
2026-09-14 12:48:12
0
user27355722816543
orangminyak :
bukan tak sampai hati takut hati remuk
2026-09-14 03:44:53
0
leman1586
burung hutan :
pmx terbaik
2026-09-14 03:25:23
0
peternyalau
peternyalau :
terbaik guru
2026-09-14 05:55:18
0
user6237109424756
JINSON :
Cakap lain buat lain depan berjabat tangan.. kat belakang buat tikam dan sindiran pahit
2026-09-13 12:25:04
0
manchuria00
Himanshu Himalaya :
😎🥰🥰 ROMBAK KABINET. LANTIK BEKAS TIMBALAN IGP MYDIN PITCHAI, SEBAGAI TIMBAKAN MENTERI KDN. KHAS UNTUK KESELAMATAN DAN PENGKUATKUASAAN . LANTIK NYA SEBAGAI SENATOR BARU. 🥰
2026-09-14 02:34:35
0
mynameisdosx
mynameisdosx :
lol p
2026-09-13 20:40:46
0
andy.berbunga
Andy Berbunga :
itu la . Parti itu kalian bantu skrg di gigit kan?
2026-09-13 12:45:39
0
abdulghaniaksah
abdulghaniaksah :
Anuar bukan tenang. Kalau satu tiang roboh pasti satu rumah akan musnah. Zahid sudah baca lebih awal.
2026-09-13 22:39:54
1
hasri.razalli
hasri razalli :
pmx penakut 🤣🤣🤣🤣
2026-09-13 13:33:36
0
kama89429
Kama :
Kalau Zahid tak sokong Anwar jangan mimpi dapat jadi perdana menteri
2026-09-13 13:45:39
0
drcorah7
drcorah :
Kedudukan Penyokong Rasuah di Akhirat * Dikategorikan sebagai Bersubahat (Membantu Maksiat): Islam melarang umatnya memberikan sebarang bentuk sokongan terhadap perkara kemungkaran. Menjadi penyokong, pengundi, atau penyebar dakyah yang mengekalkan pelaku rasuah bermakna seseorang itu telah membantu dalam dosa. Allah SWT berfirman:"...Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..." (Surah Al-Ma'idah: 2).
2026-09-14 03:55:00
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About