@puteraazazil: Ketika suhu politik negara semakin panas menuju PRU akan datang, seorang rakyat tampil berkongsi pandangan panjang mengenai legasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Intan Maziah berkata, jika suatu hari nanti Anwar tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau tidak melihatnya sebagai sesuatu yang perlu ditakuti. Sebaliknya, beliau merasakan PMX sudah berjaya meninggalkan satu perkara yang jauh lebih besar daripada jawatan — satu benchmark baharu kepada sesiapa sahaja yang mahu memimpin Malaysia selepas ini. “Aku dah cukup puas hati dengan PMX. “Kalau ditakdirkan suatu hari nanti Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia, aku rasa aku boleh tidur lena,” tulisnya. Menurut Intan, Malaysia yang pernah berdepan krisis politik, ekonomi dan keyakinan antarabangsa kini kembali berdiri dengan lebih yakin di pentas dunia. Beliau melihat ketokohan Anwar dalam diplomasi sebagai antara perubahan paling ketara. Hari ini di Malaysia, esok sudah berada di luar negara. Bertemu sahabat. Kemudian duduk semeja dengan pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza. Dalam isu Palestin, suara Malaysia kekal lantang. Dalam hubungan dengan kuasa besar pula, Anwar menurutnya mampu bersikap tegas tanpa perlu kasar atau kehilangan adab. “Malaysia yang dahulu terasa kerdil di ASEAN, hari ini mula dilihat sebagai ‘Abang ASEAN’,” katanya. Dalam ekonomi pula, beliau melihat kemasukan pelaburan asing, peningkatan minat syarikat teknologi global, perkembangan pusat data dan teknologi AI serta pengukuhan ringgit sebagai tanda keyakinan terhadap Malaysia semakin pulih. Satu lagi perkara yang mendapat perhatian ialah cara Anwar bekerja. Laju. Hari minggu pun bergerak. Selesai satu program, terus ke program lain. Hari ini urus masalah dalam negara, esok duduk bersama pemimpin dunia bincang perdagangan dan pelaburan. Malah cara berjalan pun, kata Intan, nampak seperti orang yang sentiasa mengejar masa. Beliau turut menyentuh keputusan Anwar tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri serta penggunaan kediaman rasmi Seri Perdana untuk program ilmu dan pertemuan bersama ulama. Bagi sesetengah orang mungkin kecil. Tetapi pada pandangannya, simboliknya besar. Begitu juga kemampuan Anwar mengendalikan Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan parti dengan sejarah, ideologi dan kepentingan politik yang sangat berbeza. Kerajaan itu masih berdiri. Di Parlimen pula, sesi Soal Jawab Perdana Menteri membolehkan PM sendiri hadir berdepan soalan Ahli Parlimen secara terus. Namun Intan mengakui pentadbiran PMX bukan sempurna. “Aku tak pernah percaya mana-mana kerajaan itu sempurna. “Tetapi kalau kau tanya aku, adakah aku puas hati dengan arah yang telah dibawa? “Jawapan aku: Ya. Sangat.” Baginya, legasi terbesar Anwar ialah menaikkan kayu ukur kepimpinan negara. Selepas ini, sesiapa yang mahu menjadi Perdana Menteri tidak cukup sekadar membawa alasan bahawa keadaan dahulu pun sama. Rakyat sudah pernah melihat standard yang lebih tinggi. Kerja pantas. Diplomasi aktif. Suara berani di peringkat antarabangsa. Pelaburan dikejar. Rasuah dibongkar. Parlimen dihadapi. Jadi sesiapa yang datang selepas ini, pesannya mudah. Kalau mampu buat lebih baik, silakan. Tapi jangan turunkan benchmark. “Kerana PMX telah membuatkan rakyat Malaysia tahu: Malaysia sebenarnya boleh jadi jauh lebih besar daripada yang kita sangka. “Terima kasih, PMX.” #info
🎩Vendetta Vfor 🎭
Region: MY
Sunday 13 September 2026 16:24:05 GMT
Music
Download
Comments
WanHassan :
biar gambar yg berbicare 😂
2026-09-15 01:53:45
88
AdiZura :
sakit oiiii bil api...dari 300... skrg da layan 450++ cara guna sama je... tiap malam tdo air cond... 😅😅
2026-09-14 08:44:08
32
Zarulwawa :
Klau bleh cpt2 lh pru.klau bleh letak jawatan skrg lgi elok
2026-09-14 06:55:00
55
🌵フリット99 :
semoga ph melingkup
2026-09-14 16:24:48
31
rizzzmx7 :
Mode On Bila Bila Masa
2026-09-15 02:42:29
17
May MiMi :
pmx kekal selama nya
2026-09-14 01:47:17
0
suwardiahmad :
Ya allah berikan kekuatan pmx.
Kalau lah lepas ini pmx x memimpin..
Tapi rakyat Malaysia sudah senang hati.. Sebab sekarang dah hampir di landasan yg betul... Sebab para penyakau sudah kurang
2026-09-17 01:11:34
4
SERBUK PRAWAN/DARA :
Anwar akan kalah di parlimen yg ditandingi kali ni dimana saja dia bertanding
2026-09-14 09:51:05
11
JAMIRUN96 :
sbnarnya malaysia ni siapa jer yg jadi mentri smua tak bgus dari dlu lagi. dari mahathir pun dah rakyat tak suka. sbnarnya ape rakyat nak nii supaya menteri bguss anuar ibrahim pun tak bgus. bgi sya dah ckup bgus mentri skg nii. nak ape lagi
2026-09-15 10:27:52
1
Hassan Nordin :
pmx terbaik
2026-09-13 18:01:38
2
Slayerz :
Bil elektrik naik, minyak naik..apa nk jdi dgn dia ni..org sruh letak jwtn xnk letak..
2026-09-18 03:16:44
1
lantaro33 :
aku gheramm la semua x kena semua x kena🤣🤣
2026-09-14 15:12:23
0
FaizIskandar :
dah mula berminat dngn pmx
2026-09-15 07:15:48
0
Fahrol23 :
pmx terhebat sgt
2026-09-14 16:04:56
0
Abul Mutalib Mazlan :
baru pengal prtama dah cari balas dendam.. kalau dia fokus negara n rakyat dah boleh sambung menipu
2026-09-14 23:09:48
1
🅰️MIN…Pe7ang :
Mari kita goyang🤣🤣🤣
2026-09-15 02:10:31
1
AKOI JEMPOL :
aman dunia akhirat...
2026-09-14 05:02:07
4
MFR :
2026-09-15 07:14:42
3
KHALISH :
apa bila pembakang tegar menjadi perdana menteri..hbis dendam dia akan blas .
2026-09-16 04:23:57
1
Apexchipsmore :
jenuh la pm akan datang nk tampal.abis semua nya dikorek.
2026-09-16 03:56:48
1
panjang87_ :
Lg klaka rm70 naik rm600.igt aku ada 3,4 aircond ke?dhla bukak mlm je,skli tuko meter naik rm600 sebulan..mmg woooww
2026-09-16 03:00:45
1
Hijazi :
ingat2 Yaa guys, apa yg berlaku skrg, jgn lupa pulak bila dh Dekat PRU nnti, nak Dekat PRu nanti bnyak dedak di taburkan.,masa tu jgn lupa yg berlaku hrini..
2026-09-19 01:45:09
1
Zaly Halim :
Zaman madani paling byk Lagu yg hentam pmx....melingkoop lah kerajaan Madani Rakyat senang hati
2026-09-14 12:25:08
4
luncai :
lirik terbaik...sedap lagi ni
2026-09-14 13:45:30
1
pelagix :
2026-09-16 04:27:21
1
To see more videos from user @puteraazazil, please go to the Tikwm
homepage.