@dr_kamesah: Buasir bukan semata-mata pasal apa yang kita makan. 👀 Tabiat dalam toilet pun memainkan peranan. 🚽 Duduk terlalu lama 🚽 Paksa diri meneran 🚽 Sembelit & najis keras 🚽 Abaikan rasa nak membuang Meneran berulang kali boleh meningkatkan tekanan pada salur darah di sekitar anus dan rektum, lalu meningkatkan risiko buasir. So kalau masuk toilet, settle apa yang patut settle. Jangan sambung scroll sampai lupa masa. 😂 📌 Disclaimer: Video ini untuk tujuan pendidikan dan perkongsian maklumat umum sahaja, bukan diagnosis atau pengganti nasihat/rawatan perubatan. Jika ada pendarahan, sakit berterusan atau simptom yang membimbangkan, dapatkan pemeriksaan doktor. #Buasir #Hemorrhoids #Sembelit #KesihatanUsus #GutHealth