@mediapermata: Jerebu tebal kembali melanda beberapa kawasan di Kalimantan Tengah susulan kebakaran hutan dan tanah (karhutla). Keadaan dilaporkan berlaku di Buntok, manakala kemunculan titik panas di sekitar Pangkalan Bun menyebabkan keadaan udara semakin berkabus. Penduduk dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, memakai pelitup muka dan mengikuti perkembangan terkini mengenai kualiti udara serta operasi menangani karhutla. #MediaPermata #BeritaDunia #Indonesia #fyp