@anwaribrahimofficial: Berucap di hadapan pimpinan dunia pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi semalam, saya menyampaikan penghargaan Malaysia kepada India atas penganjuran sidang yang amat bertepatan tatkala dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik. Teknologi berkembang pada kadar yang belum pernah disaksikan, tatkala sebahagian besar negara sedang membangun masih bergelut untuk mencapai kemajuan ekonomi. Terlalu banyak negara dibelenggu hutang sehingga lebih banyak dibelanjakan untuk membayar faedah berbanding berbelanja untuk pendidikan atau kesihatan. Justeru, sistem pembiayaan antarabangsa perlu lebih adil dan tidak menjerumuskan negara ke dalam hutang yang tidak tertanggung hanya kerana mahu memenuhi keperluan asas rakyat. Saya turut menekankan keperluan mempercepat inisiatif melalui New Development Bank, memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan serta memanfaatkan potensi besar pasaran modal Islam. Negara-negara BRICS juga harus berganding melalui langkah nyata untuk merungkai amalan perdagangan tidak adil, berkongsi pengalaman pembangunan serta memperkukuh kerjasama dalam bidang baharu termasuk semikonduktor dan kecerdasan buatan. Peralihan hijau mesti mengambil kira realiti dan tahap pembangunan setiap negara kerana tidak semua mampu bergerak pada kadar atau melalui jalan yang sama. BRICS memiliki kelebihan geoekonomi menerusi pasarannya yang luas, sekali gus membuka ruang mempelbagaikan perdagangan, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat serta menjana kemakmuran bersama. Namun, kita tidak boleh berbicara tentang pertumbuhan terangkum selagi peperangan terus melonjakkan harga tenaga dan mengancam laluan laut yang menjadi nadi ekonomi dunia. Pencerobohan Israel di Asia Barat turut menyebabkan negara-negara yang tidak terlibat dalam peperangan ini menanggung akibat melalui inflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Pendirian Malaysia jelas: kedaulatan mesti dihormati, orang awam dilindungi dan laluan utama ekonomi dunia tidak boleh dijadikan medan pertempuran. Malaysia percaya BRICS mesti berani menyatakan pendirian bahawa pendudukan haram, penjajahan serta keganasan tidak boleh terus dibiarkan, dan setiap nyawa manusia wajib dipertahankan tanpa mengira di mana mereka berada. Bagi Malaysia, autonomi strategik bererti kebebasan menentukan haluan serta keberanian mempertahankan pendirian tatkala diuji. Sebagai Negara Rakan BRICS, Malaysia bersedia menyumbang dengan semangat ini.
Anwar Ibrahim
Region: MY
Monday 14 September 2026 03:35:32 GMT
Music
Download
Comments
cintasejati :
LOVE U MY PMX❤️❤️❤️❤️
2026-09-14 11:11:54
8
Puteri bunga Nur Sandara :
Semoga pmx terkenal di mata dunia🤲🏻🫶🏻 hormat guru🫶🏻
2026-09-14 03:39:20
384
N :
Sihat selalu pmx🥰
2026-09-14 04:10:59
96
bogatt00 :
bangga ada pmx utk menerajui negara, dia bukan sempurna, dia tk maksum, dia pun ada salah mcm kita tp dia berusaha dn berjuang utk ank bangsa serta negara
2026-09-14 06:14:20
111
Zaman Malaya84 :
Terbaik Guru...Gurukul di dalam Filem Mohabbatein.
2026-09-14 03:43:45
240
Rozana Rozana Alias :
Alhamdulilah terima kasih pmx. lagu bukan main..saya dh la peminat Bollywood hehe
2026-09-14 04:40:34
60
Updul :
alamak lagu favourite pula. Kajol 🔥.
2026-09-14 10:45:21
6
Sudirman :
walau macam mane pun orang hina pm ni, Saya akan sokong kebijankan beliyau 👍👍👍👍👍
2026-09-14 03:53:35
134
AzzahirRahizi :
org pn x suke die..ape tah dgn rakyat sndri
2026-09-14 06:13:44
8
user123 :
fav pm one frame 🥰🥰🥰
2026-09-14 11:57:33
1
Aida :
Nk like byk2 bolh tak
2026-09-14 03:50:46
102
-808-son- :
terbaik PMX..santai...tak perlu maki hamun dan balas dendam... seorang pemimpin yang bersih tanpa sakau...geng sakau semua kepanasan bila dia masih jadi PM.... kerana semuanya akan ke dalam..
2026-09-14 12:02:30
32
🍉 :
X nak komen bnyk, cuma nak bg tau GURU sgt HEBAT, sihat selalu GURU🥰.
2026-09-14 06:31:33
35
Baroness_Polaris :
we ❤️DSAI
2026-09-14 03:48:04
16
Partho Saha :
Love you Modi Sir 🙏❤️
2026-09-14 05:24:20
1
Dandelion :
Guru... 🥰🥰🥰🥰🥰. Alhamdulillah, semoga berjaya bawa pulang peluang ekonomi
2026-09-14 03:54:14
30
Tamjidu Rahaman :
i really respats
2026-09-14 03:41:19
7
Erine Malaika :
❤️❤️❤️❤️❤️❤️LOVE PMX❤️❤️❤️❤️❤️❤️
2026-09-14 04:00:06
8
Waa🍓 :
Saya tetap menyokong penuh kepimpinan PMX! Guru!!!
2026-09-14 12:31:32
12
Zara 🇲🇾🇵🇸 :
jalan terus guru! 🫡🫡
2026-09-14 11:24:00
10
sien696 :
Guru .. Guru Mendonia Guru !! Semoga Dato Seri PMX Terus Kekal Sihat Memberikan Khidmat Yang Terbaik Untuk Malaysia 🇲🇾 Terus Maju Ke Hadapan 🫡👍
2026-09-14 05:02:27
36
mayz :
alhamdulillah
terima kasih pmx
2026-09-14 04:09:58
20
MD :
masa ceramah DSAI.di Alor gjh KG paku kepala aku berdarah di baling batu oleh pihak sebelah,kawan2 tolong masa tu..ttp semangat dgr ceramah DSAI.
2026-09-14 04:11:16
42
K O M B A D :
our best PM ever🥰🥰
2026-09-14 03:40:05
36
To see more videos from user @anwaribrahimofficial, please go to the Tikwm
homepage.