@starhealthmedia: Rawatan luka bukan sekadar menukar dressing atau merawat luka di permukaan. Ia melibatkan penilaian menyeluruh untuk mengenal pasti punca luka sukar sembuh, menilai sama ada anggota masih boleh diselamatkan, dan melakukan segala usaha perubatan yang sesuai untuk mempertahankannya. Advanced Wound Care memerlukan pendekatan multidisiplin. Kami bekerjasama rapat dengan pasukan vaskular, ortopedik dan pakar-pakar lain apabila diperlukan, kerana proses penyembuhan luka bukan bergantung kepada dressing semata-mata. Aliran darah, kawalan jangkitan, kawalan gula, off-loading, pemakanan dan penyakit lain yang berkaitan semuanya memainkan peranan penting dalam penyembuhan. Rawatan luka kadangkala kompleks dan boleh menjadi satu perjuangan yang panjang. Namun dengan penilaian awal, rawatan yang tepat, pengurusan luka moden dan kerjasama pasukan yang baik, kita boleh melawan jangkitan, mengawal diabetes dengan lebih baik dan memberi peluang terbaik untuk menyelamatkan anggota yang terancam. Matlamat kami bukan sekadar menyembuhkan luka tetapi apabila masih boleh dilakukan, menyelamatkan anggota, mengekalkan pergerakan dan menjaga kualiti hidup pesakit. Dr Ari & Team Clinic Star Medicare, Johor Bahru Advanced Wound Care • Pengurusan Diabetes • Limb Salvage Elakkan Diabetes. Elakkan Amputasi. #fyp #woundcare #wound #luka #diabetes

Dr Ari
Dr Ari
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 14 September 2026 06:06:20 GMT
1033
44
1
1

Music

Download

Comments

jhyhgss84
H@LIM@H❤️J@M@L :
Terbaik Doktor.. 👍🏼👍🏼👍🏼
2026-09-14 08:56:13
1
To see more videos from user @starhealthmedia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About