@bibdbrunei: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai kakitangan atau wakil BIBD. Akaun ini TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan BIBD. Untuk makluman, permohonan BIBD Ar Rahnu hanya boleh dibuat secara fizikal di cawangan BIBD yang menawarkan perkhidmatan tersebut. BIBD tidak menerima permohonan Ar Rahnu melalui media sosial, WhatsApp atau pautan dalam talian. Jangan berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang pembayaran kepada pihak yang tidak disahkan. Sentiasa sahkan terlebih dahulu melalui saluran rasmi BIBD. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. #scamalert #bibdbrunei