@upkpkdkuantan: Indeks Pencemaran Udara (IPU) Pahang | 14 Sept 2026 | 5.00 Petang ▪️Pemantauan setakat jam 5.00 petang hari ini mendapati dua stesen pemantauan kualiti udara di Negeri Pahang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori TIDAK SIHAT, iaitu di Indera Mahkota (120) dan Balok Baru (140). Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti yang boleh menjejaskan keadaan udara. Sekiranya mengesan sebarang kegiatan pembakaran terbuka, laporkan segera kepada pihak berwajib supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Layari laman web rasmi JAS EQMS untuk Kualiti Udara terkini : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main