@melakatv: ANAK MUDA TANJUNG BIDARA SEMARAK WARISAN DONDANG SAYANG, ZAPIN 14 September - Lebih 150 peserta daripada lima sekolah di DUN Tanjung Bidara serta sebuah universiti menyertai Bengkel Dondang Sayang dan Zapin bagi mendalami seni dan warisan budaya Melaka. Bengkel diadakan bersempena Program WRUR DUN Tanjung Bidara yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Japerun Tanjung Bidara, hari ini. Usaha itu diadakan bagi memberi ruang kepada anak muda Tanjung Bidara mengenali, mempelajari dan menghayati warisan Dondang Sayang serta Zapin supaya terus kekal subur dalam generasi akan datang. 🎥 Faiz Hasan #wakilrakyatuntukrakyat #wrur #duntanjungbidara #abraufyusoh #inswa #melakadigital #melakahariini #melakatv